Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 18, 2012

Nak Menang, Bukan Gigit Jari

                      Jangan gigit jari


Salam

Semoga anda semua sihat-sihat dan tenang fikiran. Alhamdulillah, pagi ini saya masih di sini, masih bersemangat tinggi. Syukran.

Ada orang kata, hidup kita di dunia hari ini, macam berjuang. Iyalah, kita nak cari kemenangan, tak mahu kalah. Tapi, biarlah kemenangan yang kita cari itu akan membawa kemenangan di akhirat nanti, bukan sekadar menang di dunia sahaja. Hidup di sini hanyalah buat seketika.

"Alah, Kak Aina ni... buat takutkan oranglah."

"Isy, nak takut apa? Inikan realiti."

Sungguh dan kerana itulah, janganlah kita terpenjara dengan perasaan inginkan hiburan semata-mata. Dalam hidup ini, memang betul kita mahu mencari hiburan, tetapi sekadar sedikit sahaja, bukan hidup ini untuk berhibur hinggakan lupa segala-galanya. Malangnya, masyarakat Melayu kita hari ini, majoritinya sudah terperangkap dengan pemikiran untuk 'relaks-relaks'. Yang pasti, semua perasaan ini sudah disogok oleh media. Paling berat ialah datangnya dari televisyen dan Internet. Tentunya media percetakan juga memainkan peranan, surat khabar dan majalah. Memang tak sah kalau tak ada kisah-kisah gosip yang diselitkan. Kalau di TV pula, terlalu banyak cerita lawak bodoh yang ditontonkan. Begitu juga drama, ada kala drama yang ditayangkan tu asyik cerita yang sama dan cerita yang dah boleh tahu jalan ceritanya. Bosan. Namun begitu, terlalu ramai yang ralit. Bila sampai masa program ilmu, semua orang tak mahu tonton. Katanya bosan juga. Huhu.

Agaknya, siapa punya kerja? Siapa yang atur semua ini? Sebenarnya, bukan soal komersial sahaja, tetapi soal akhlak, soal budaya dan soal kehidupan seharian. Ada orang di luar sana yang mahu melihat masyarakat kita terus-terusan begini, tak mampu untuk berfikir dan akan terus terlalai dengan dunia hiburan. Bila rasa hati terhibur, benda lain kita dah tak ambil kisah lagi. Lihatlah remaja kita hari ini, terlalu ramai yang ralit dan lalai. Saya percaya hal ini sudah diprogramkan oleh orang-orang tertentu agar masyarakat kita akan terus-terusan alpa dan lupa.

Jadi, berjaga-jagalah terutama buat para remaja. Jangan biarkan hidup kita terpenjara dan terus leka dengan dunia hiburan hingga kita tak tahu apa yang sedang terjadi pada kita semua. Janganlah biarkan diri kita berakhir dengan menggigit jari sahaja dan mata terbuka tapi terkebil-kebil. Tak usah kita menyesal di belakang hari. Wallahua'lam.

Wassalam.