Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, March 08, 2015

Nak Makan Kuih Keria

Assalam

Dah pun hari Ahad. Ada negeri-negeri di Malaysia yang mula bekerja pada hari Ahad. Selamat bekerja ya. Yang mana masih berehat tu, janganlah buang masa kerana masa itu sangat beharga. Kadang-kadang kita terlalu ralit dan leka, tahu-tahu hari dah malam, satu apa pun kita tak buat pada hari itu. Janganlah macam tu, sayang... rugi buang masa ni. Ada tu bila sahaja hari Ahad atau Sabtu, tidur sampai ke tengah hari atau petang. Tak baik tu.

Semalam, saya tak ke mana-mana yang jauh, hanya ke Lenggeng sahaja kerana ada urusan tertentu. Kemudiannya pada malam hari, kami membawa kakak saya ke Seremban untuk makan malam. Saya memang ada tempat istimewa di Seremban yang menjamukan nasi Arab special. Kakak saya dah lama tak makan nasi arab berlauk kambing, jadi kami pun menjamunya. Kebetulan, kami juga ajak Sharlene, cucu saudara saya yang bertugas sebagai doktor di Seremban. Dia pun join kami sekali. Sedang makan, hujan turun dengan lebat dan lama sangat hujannya. Terpaksalah kami tempuh hujan untuk pulang ke rumah. Alhamdulilllah, it was a good dinner.

Hari ini, anak-anak saudara saya akan datang ke rumah, jadi kami akan makan tengah hari di rumah saya. Kakak saya juga sedang buat kuih keria atau apa orang kata 'kuih gelang' bersira gula melaka. Hah, semoga sedaplah jadinya. Dah lama teringin nak makan kuih tu buatan tangan sendiri. Semasa ke Lenggeng, kami beli keledek berisi oren, biasanya sangat sedap. Insyaa-Allah.

Okeylah, saya tak boleh berlama-lama di sini, sebab nak sediakan makan tengah hari. Semoga dilindungi Allah swt, aamiin.

Wassalam.




                                      Dinner di Seremban malam tadi bersama ahli keluarga