Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, April 18, 2013
Bila Banyak Duit...
Assalam
Selamat pagi dan saya doakan semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amin.
Sekarang ini, memang jarang-jarang saya update blog setiap hari. Tetapi bila-bila rasa nak update, saya pasti akan muncul.
Hari ini, saja saya nak bersembang tentang apa rasa orang yang banyak sangat duitnya.
Bukan tujuan nak mengata-ngata, tapi nak berkongsi cerita.
Ada orang banyak duit, tapi orang lain tak tahu pun. Sebabnya, orang yang ada duit ni, tak bercerita pada orang lain. Senyap-senyap aje. Malah, hidup pun sangat bersederhana. Tak suka tunjuk-tunjuk kat orang. Yang macam ni, mesti Tuhan suka, walahua'lam.
Ada orang pula, duit tak adalah banyak mana, tapi kalau boleh mahu satu dunia tahu yang dia sebenarnya banyak duit. Pukul canang sana sini. Kalau duduk berjiran, mahu rumahnya kelihatan besar dan luas dari yang lain. Pagar mesti terbesar dan terhebat! Kereta biar banyak-banyak kat depan rumah. Kalau boleh nak susun kereta mewah. Lepas tu, paling best, kita tayang dekat FB atau sekarang ni dah ada instagram, lagilah cantik!
Ada orang tu memang banyak duit dan mahu semua orang tahu dia memang banyak duit. Lagaknya mesti tunjuk tanda 'duit' di mukanya. Pakai barang-barang mahal. Kalau perempuan, biar pakai barang-barang kemas satu badan. Pakai gelang hingga ke lengan, pakai rantai bersusun-susun. Pakai cincin semua jari, besar-besar gedabak!. Adoiii! Ada tu pula, tayang kereta mewah dan mahu semua orang tahu apa kereta mewah yang dia ada.
Seganlah weh!
Ada tu pulak, memang tak berduit, tapi hidup mahu sama macam orang yang berduit. Kerjanya pergi pinjam sana dan sini. Tahu-tahu hutang dah keliling pinggang. Mestilah tak mampu nak bayar pun! Kalau nak bayar, kena pinjam lagi. Lama-lama, semua orang lari dan dia jadi sunyi! Dah jadi penyakitlah pulak!
Tapi... ada seorang teman bagi tahu saya. Teman ni memang banyak duit gila. Dia tak adalah tunjuk pada orang pun. Cuma hatinya tak tenteram. Bila ditanya kenapa, katanya dia risau masa depan anak-anaknya. Katanya lagi, dia tahu anak-anak tak tahu susah. Jadi dia takut bila dia dah mati, anak-anak akan habiskan semuanya dalam sekelip mata sahaja.
Dalam Islam, memang kita digalakkan untuk hidup bersederhana. Sekalipun banyak harta dan berduit, kita tak payah risau kalau kepala otak kita tak fikir pasal duit sahaja. Kita kena banyak bersedekah, tak boleh kedekut2 dan tak boleh miss bayar zakat! In Syaa Allah, dunia dan akhirat selamat. Wallahua'lam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
