Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, May 27, 2013

Orang Tua-Tua

Assalamualaikum

Saya sudah pun balik ke kampung, alhamdulillah. Tak kisahlah kalau kita dah melihat satu dunia pun, tapi bila kita balik kampung, rasanya sangat berbeza. Inilah yang saya rasakan. Walaupun Sungai Dua tak canggih macam Manhattan, tak cantik macam kota London atau Paris, tak sofistikated macam kota Tokyo atau Seoul, namun Sungai Dua buat saya teruja untuk sampai ke sana.

Itulah tempat saya bermain-main dengan adik-adik dan juga dengan sepupu-sepupu, berlari ke sana sini. Bermain di atas batas bendang (sawah), mengail ikan sepat dan bergelumang di dalam bendang. Semuanya best sangat-sangat dan bila dah lama tak balik, jantung berdegup kencang untuk melihat kampung nenek saya. Itulah tempat ibu saya dilahirkan. Saya pernah bermian-main di kawasan masjid dan kuburannya di bulan Ramadhan. Teringat semasa pak cik (yang saya panggil ami) saya membawa saya ke Tanjung (Pulau) untuk pergi shopping. Ami Jufri saya dah pun meninggal dunia. Saya pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan anak lelaki Ami Jufri yang bernama Syed Fikri.

Bagi saya, yang seronok melihat kita balik kampung ialah orang tua-tua. Ada yang bersaudara dengan ibu saya, ada yang bersaudara dengan sepupu-sepupu saya (melalui perkahwinan). Ibu mertua Ami Jufri saya masih ada dan berusia 80 tahun, masih sihat dan bertenaga, alhamdulillah. Itulah yang buat kita rasa seronok, kerana mereka berbesar hati bila kita datang untuk bersama mereka semua. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dunia dan akhirat.

Wassalam.