Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, January 14, 2015

Propaganda

Assalam

Iya sungguh ni... saya bukan nak gosip tentang dunia hiburan atau pasal artis tempatan... saya tak kisah pun. Nak kahwin ke nak cerai ke, nak cari pasangan baru ke... buatlah apa pun, tapi saya nak bualkan tentang masalah Islam hari ini, secara global.

Kalau kita perhatikan betul-betul, kebanyakan orang kita dan juga kebanyakan orang Islam di luar sana, sangat mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang terpapar di peti TV, di surat khabar, malah dalam dunia Internet dan segala macam sosial media yang ada. Apa sahaja yang keluar, kebanyakannya akan percaya bulat-bulat. Mereka yakin apa sahaja yang tersebar itu, pasti tepat terutama kalau berita yang keluar itu dikatakan berita global. Misalnya tentang apa yang terjadi di Perancis baru-baru ini. Dengan mudah sahaja dunia melabelkan Islam sebagai sesuatu yang ada kaitan dengan kejahatan dan tentu sekali secara automatis ramai juga orang Islam yang terima berita itu bulat-bulat dan terimapakai bahawa orang Islam berdendam dan ramai yang suka membuat kecoh dan porak perandakan dunia Barat. Wallahuaklam.

Terlintas tak kita bahawa kemungkinan besar apa yang sedang berlaku kini, apa sahaja yang ada kaitan dengan dunia Islam, merupakan propaganda puak Zionis Barat? Mereka mahu melihat dunia Islam menjadi rapuh dan punah dan mahu mata dunia menganggap bahawa Islam itu 'sangat jahat'? Ingat tak apa yang terjadi di New York lebih sepuluh tahun yang lalu? Ingat tak pada kejadian kapal terbang yang menghentam bangunan tinggi berkembar di kota besar itu? Islam dilihat sebagai kumpulan 'terrorist' melampau, namun setelah tragedi itu, lebih ramai orang bukan Islam di dunia Barat memeluk agama Islam. Ketika itu lagi sudah ada cerita tentang propaganda puak Zionis yang mahu menghancurkan dunia Islam secara berperingkat-peringkat. Apa tak mungkinkah apa yang terjadi di Perancis baru-baru ini merupakan satu lagi propaganda Zionis/CIA?

Cuba kita lihat juga pada kumpulan ISIL/ISIS yang tiba-tiba wujud di benua Asia Barat. Agak-agaknya mana datang kumpulan seperti ini? Kenapa kumpulan ini beria-ia mahu menentang puak kerajaan Syria dan Iraq, sedangkan semua mereka itu adalah orang Islam juga. Kalau betul mereka sedang berjihad di atas nama Allah, kenapa tidak tolong Palestine yang sedang berperang dengan puak Zionis Yahudi di Israel?

Masalah besarnya... orang Islam kebanyakannya lemah dan tidak bijak, dengan mudah sahaja mereka yang mahu memainkan kita berjaya melakukannya. Maka yang tidak pintar (tapi rasa bijak) bergondong-gondong cuba bermatian di Asia Barat dengan mengikuti kumpulan yang konon-kononnya sedang berjihad di atas nama Allah. terlalu banyak kumpulan yang konon-konon berjihad, tetapi mereka membunuh sesama Islam! jihad apa namanya itu? Apakah Allah ada menyuruh kita berjihad dengan cara itu? Ada tertulis di mana-mana di dalam al Quran? Adakah Nabi junjungan kita Muhammad SAW mahu kita buat kerja-kerja seperti itu? Bunuh dan hancurkan sesama sendiri?

Kalau kita berperang sesama sendiri kerana fahaman agama Islam berbeza kerana mengikut imam yang berbeza, maka ingatlah kita bahawa itu adalah 'politik' semata-mata. Iman kita tidak songsang kalau kita tidak beriman pada imam-imam tertentu kerana percaya pada imam tertentu tidak merosakkan iman kita kepada Allah, al Quran, Nabi Muhammad, Malaikat, Akhirat.... jadi kenapa kita boleh bunuh sesama sendiri?

Cuba kita renung-renungkan tentang apa yang Allah nyatakan dalam al Quran... adakah kita mengamalkannya atau kita lebih mudah percaya dengan apa yang dikatakan oleh dunia Barat atau mereka yang berpentingan politik? Sebagai orang Islam, iman kita akan jadi rapuh kalau kita tidak pegang pada Allah dan al-Quran. Ingatlah... kita jadi orang Islam apabila kita percaya bahawa Allah yang satu itu adalah Tuhan kita. Itulah ilmu Tauhid orang Islam, tanpa Tauhid kita bukan Islam.

Jadi macam mana? nak percaya ke, pada propaganda dunia Barat?

Wassalam.


                                                                     Sekadar Hiasan