Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, June 21, 2012

Mencari Ilham

                          Cari idea ni


Salam

Kadang-kadang kita memang tak tahu nak tulis apa walaupun kita merupakan seorang penulis. Jangankan nak tulis manuskrip, nak tulis entri blog pun payah. Sebab tu kadang-kadang kita tengok ada blog yang terus bersawang. Tuan punya blog macam dah ambil keputusan untuk pencen saja. Hehe. Lagi seronok pergi menjenguk blog orang, tengok dan baca apa orang lain tulis. Huhu.

Begitulah kisahnya bila nak tulis manuskrip. Ada tu memang dah lama bercita-cita untuk menulis, tetapi asyik tunggu ilham datang tapi tak datang-datang.

"Beb, memanglah macam tu kalau kita rajin tunggu ilham datang. Kadang-kadang payah ilham nak datang, tau."

"Habis tu macam mana? Aku teringin nak tulis ni."

"Kaulah pergi cari ilham. Kau fikir dan fikir lagi. Lepas tu kau tengok kat keliling kau."

"Iya ke tu? Bukan ke ilham yang datang pada kita?"

Betul tu, kadang-kadang ilham memang datang bila kita tidak pun menjemputnya. Tapi kadang-kadang ilham payah nak datang. Masa tu lah kita pergi mencarinya. Jangan biarkan diri kita berangan-angan saja. Ada pula tu, lepas menulis dan bila kena komen aje, terus merajuk tak nak tulis lagi.

Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada mereka yang teringin untuk tulis, jangan sekali-kali ikut cara orang lain. Cuba cari stail sendiri dan ikut stail kita supaya pembaca akan tahu itu adalah cara kita menulis. Kalau boleh, biarlah karya kita merupakan sesuatu yang lain daripada orang lain. Jalan ceritanya ada kelainan. Sekalipun mungkin ada trend tertentu, kita jangan terikut-ikut sangat sebab kita tak mahu pembaca di luar sana akan menjadi bosan dengan penulisan yang ada di negara kita. Kalau asyik kisah yang macam nak sama aje, siapa yang nak baca? Betul tak tu?

Okeylah... pagi ini, itu sahaja yang saya nak tulis. Semoga mereka yang mahu cuba menulis akan teruskan usaha untuk menulis.

Wassalam.