Mekah dari sudut atas
Salam semua
Alhamdulillah, walaupun kaki kanan saya ni masih sakit sikit-sikit tapi 'over all' saya okey aje. Sihat, masih ceria dan seronok untuk update blog ini. Semoga anda sekelian juga berada dalam mood yang baik, insya-Allah.
Saya perasanlah, di Malaysia ni, kalau kita tengok news atau berita di televisyen, tak banyak sangat cerita luar negara yang diperkatakan. Kalau ada pun sekadar kisah-kisah tragedi yang terjadi sana sini. Sebab itulah saya bergantung pada berita yang disampaikan oleh saluran luar negara seperti Al Jazeera dan lain-lain. Tetapi semasa saya di Turki, saya teruja melihat 'news' yang dipaparkan. Pelbagai kisah penting disiarkan dan ada banyak komen dan pendapat daripada macam-macam orang tentang sesuatu yang terjadi itu. Kita sebagai penonton tentunya rasa puas. Kalau di negara kita pula, berita asyik mengisahkan hal-hal politik negara hinggakan kita terlupa akan perkara penting yang sedang terjadi di dunia.
Sebagai contoh, ketika saya di Istanbul Turki, saya melihat sebuah program khas yang menyiarkan tentang perancangan pihak CIA di Amerika Syarikat dan juga pihak zionis yang membuat perancangan atau mengaturkan perancangan untuk mengebom Mekah dan Madinah di negara Saudi dengan bom nuklear! Mesti kita terkejut bila dengar macam tu, kan? Tapi inilah yang diperkatakan di sana. Kalau tak ada angin yang meniup, takkanlah daun-daun di pokok saja-saja nak bergoncang kot. Beberapa kali perkara itu dibangkitkan oleh beberapa saluran TV ketika saya di sana. Mereka anggap perkara itu sangat besar dan penting untuk umum tahu. Saya tertanya-tanya juga kenapa kita di Malaysia langsung tak bangkitkan hal ini? Sama ada seratus peratus benar atau tidak, perkara itu sepatutnya menjadi sesuatu yang perlu kita bincangkan. Mustahil itu merupakan sesuatu yang sengaja dibangkitkan tanpa kebenaran apa-apa. Macamlah kita semua tak kenal zionis dan tak tahu apa muslihat pihak Amerika Syarikat selama ini!
Perkara yang saya perkatakan itu ada kaitan dengan kita semua. Namun kalau berita atau perkhabaran seperti itu tidak dibincangkan dan diperkatakan, maka ia tidak menjadi penting buat kita. Selama ini, apa sahaja yang dikatakan pihak Amerika, kita main turut sahaja seolah-olah Amerika itulah kiblat kita. Kita tak ambil kisah untuk berjaga-jaga. Malah, kita sangat sibuk bergaduh sama sendiri di negara sendiri.
Okeylah, saya memang tak suka bercakap tentang hal polotik ini, tetapi saya sangat ambil berat tentang hala tuju kita. Ke mana agaknya kita sedang mengarah? Adakah kita ambil peduli tentang apa yang terjadi di luar sana? Atau kita main ikut sahaja tanpa kisah untuk fikirkan apa-apa. Orang sokong, kita pun sokong. Orang bangkang, kita pun membangkang tanpa faham apa isu sebenarnya.
Mungkin elok kalau kita duduk dan fikirkan tentang apa yang sedang terjadi hari ini. Bukan sekadar di negara kita, tetapi juga di luar sana. Wassalam.