Assalam
Sekali-sekala, saya suka untuk bincangkan hal-hal ilmu, agar kita sama-sama dapat berkongsi sesuatu yang mungkin sebelum ini kita agak keliru atau tak faham sangat.
Kali ini saya nak bincangkan tentang perkataan 'Sodomi' atau 'Sodomy' (Inggeris) yang membawa maksud 'Liwat' dalam bahasa Arab atau 'Lavat' dalam bahasa Parsi.
Asal usul perkataan sodomi adalah daripada kuam Nabi Lut a.s., di mana pada ketika zaman nabi itu, kaumnya suka kepada perbuatan homoseks. Kota tempat tinggal kaum inilah yang bernama 'Sodom' yang terletak tidak jauh dari Pantai Laut Tengah. Perkara ini disebut dalam Al-Quran surah 15, Al-Hijr, ayat 65 hingga ayat 71, di mana Allah swt menceritakan kepada Nabi Muhammad SAW tentang kisah kaum Nabi Lut yang telah dimusnahkan Allah akibat perbuatan homoseks mereka itu.
Kisah ini juga telah disebut dalam kitab Taurah dan Injil.
Walhasil, hari ini perbuatan homoseks sedang diperjuangkan oleh pelbagai kumpulan di dunia ini. Semoga muslim dan mulimah yang beriman dapat mengawal fikiran serta tahu baik dan buruknya hal-hal seperti ini. Jangan biarkan anak-anak kita tersesat perjalanan kerana kalau kita sebagai ibu bapa tak mahu ambil tahu, mungkin anak-anak mudah jadi keliru. Nauzubillah min zalik.
Semoga Allah swt melindungi kita dunia akhirat. Aamiin.
