Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, November 16, 2016

COSMO DR - Macam Tak Percaya!

Assalam semua

Sajalah nak share sesuatu yang saya rasa sangat baik untuk kita semua. Walaupun mungkin ada yang tak percaya atau waswas dengan apa yang saya nak ceritakan ni. Tapi cubalah baca dan dengar cerita saya ni.

Sekitar sebelas hari yang lepas, kawan baik saya mengajak saya untuk ke USJ. Katanya, "Jom I bawak you try something. I nak explain kat you I tak pandai sangat. Tapi benda ni memang baik untuk kesihatan." Saya pun teruja untuk pergi dengan kawan saya tu. Saya tak banyak soal kerana saya percaya pada kawan saya. Dia memang bukan kaki membelit atau membuang masa. Katanya pada saya, "You try dan mestinya tak rugi apa-apa sebab benda ni pun free."

Pada hari Isnin itu, sekitar sebelas hari yang lepas, saya pun pergi dengannya ke USJ 11. Di sana kami telah ke sebuah deretan kedai-kedai dan salah satu daripada kedai itu ialah tempat 'rawatan' atau 'rawatan terapi'. Kami menunggu giliran kerana memang ramai orang yang menunggu untuk dapatkan terapi berkenaan. Bila sampai giliran kami, kami pun ambil tempat. Hanya duduk sahaja di sebuah kerusi biasa dan pada kerusi itu ada diletak sejenis pelapik yang disambung kepada machine untuk menyalurkan 'electrone'. Sebaik sahaja duduk, kami dirawat oleh machine itu. Ada seorang pembantu yang memberi penerangan tentang rawatan berkenaan. Pembantu itu bernama 'Jef' seorang pemuda berketurunan Bengali. Jef sangat friendly dan penerangannya sangat menarik minat kami yang berada di situ.

Ada yang sudah mendapat rawatan melebihi enam bulan, ada yang 40 kali dan macam-macam lagi. Yang penting, semua mengaku bahawa rawatan terapi itu sangat membantu. Tak kisah sakit apa pun atau tak sakit sekalipun, tak kisah umur atau jantina, semua boleh mendapat terapi itu. COSMO DR merupakan satu kaedah alat perubatan yang berasal dari negara Jepun dan melalui alat ini, darah kita akan mendapat circulation yang sepatutnya melalui getaran elektron yang memasuki seluruh badan kita.

Buat masa ini, COSMO DR sedang dalam proses promosi kepada rakyat Malaysia. Saya melihat pelbagai testimoni yang diakui oleh pelanggan-pelanggan yang datang. Ada yang dah turun 'darah tingginya', ada yang dah elok penyakit diabetes nya, ada yang dapat melihat dengan jelas setelah mengalami penyakit mata yang kronik, ada yang dah baik penyakit resdungnya, penyakit kulit dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, sejak hari itu, saya terus ke COSMO DR. Bukan hanya saya, tetapi suami saya, anak-anak, adik saya dan ramai lagi ahli keluarga dan teman-teman. Syukur alhamdulillah, resdung saya dah banyak surut. Sakit lutut pun hampir hilang. Malah, saya dah mampu baca surat khabar tanpa pakai cermin mata. Sakit-sakit sendi juga dah banyak surut. Walaupun saya tak mempunyai sebarang penyakit serius, namun kini saya berasa ringan dan lega, seolah-olah tubuh badan saya mendapat 'charge batteri' yang baru.

Saya ajak anda semua untuk mencuba. Kalau tak cuba maka tak akan tahu. Anda tak payah bayar apa-apa pun, sekadar berusaha datang ke tempat itu dan duduk di atas kerusinya setiap hari. Memang rasa macam tak percaya, tapi saya melihat ada yang kena strok dan dah pulih pun! Semuanya atas kehendak Allah swt, kita sebagai manusia sekadar berusaha untuk mendapat kesihatan yang terbaik, insyaa-Allah.