Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, April 15, 2014

Buat Apa Mengeluh?

Assalam

Insya-Allah, kita masing-masing ada tugasan yang perlu kita lakukan setiap hari. Sekalipun sebagai suri rumah, tetap penuh dengan aktiviti harian. Semoga kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT berikan ini.

Hah... pagi-pagi macam ini, memang saya suka pekena kopi... Masih teringat lagi, hari Ahad tu... malamnya itu kami pakat minum kopi special  'Pak Hailam' di Seremban2, apa lagi... kami pakat susah nak tidur. Sampai hampir 2.00 malam baru boleh terlelap. Esoknya pula, kami jadi mengantuk bila sampai tengah hari, sebab kurang tidur. Adoii. Itulah pukulan kopi.

Apa-apa pun, hari ini sengaja saya nak ingatkan diri saya dan juga teman-teman yang membaca, agar kita sentiasa belajar untuk bersyukur. Kalau kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan, kita tak akan mengeluh atau kompelin tentang semua yang kita rasa kurang. Insyaa-Allah, walaupun sedikit, tetap cukup. Sebab itulah kita kena sentiasa bersyukur. Kalau kita asyik merungut dan tak puas hati, terutama dengan rezeki yang Allah beri, walaupun segunung yang kita dapat, kita akan tetap rasa sedikit. Tetapi kalau kita rasa 'cukup' dan tidak merungut dan mengeluh, yang sedikit itu kita rasa macam bukit... sentiasa ada. Semuanya akan cukup untuk kita.

Yang penting, kita jangan lupa untuk 'infakkan' segala rezeki yang datang kepada kita. Sentiasalah bersedekah. Tangan yang menghulur itu jauh lagi baik daripada tangan yang meminta-minta. Barakah dan rahmat Allah limpahkan kepada insan yang rajin bersedekah dan membayar zakat buat mereka yang memerlukan. Jangan kedekut. Tapi... jangan pula jadi mereka yang tamak dan suka meminta hak orang lain.



Memang ada manusia yang suka pada harta orang. Pantang melihat orang lebih, dia akan meminta-minta. Pantang tengok orang lain senang, dia akan merungut-rungut dan mengaku dirinya susah. Bila merungut dan kompelin, bererti kita tidak bersyukur.

Semoga kita sentiasa beringat dengan segala nikmat yang Allah limpahkan buat kita semua.

Wassalam