Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, May 03, 2011
Terima Kasih Daun Keladi
Foto-foto Zul Huzaimy ketika di booth KarnaDya
Salam, semua
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kerana dah beberapa hari saya tak update blog ini. Ha... saya tahu ramai juga yang rajin bertandang di sini. Apa pun, saya ingin ucapkan Alhamdulillah kerana Pesta Buku berjalan dengan baik buat kami di tahun ini. Tidak ada apa-apa perasaan yang janggal, yang ada sekadar 'seronok' kerana terhibur dengan suasana yang wujud di Dewan Tun Razak Tiga. Semua yang ada sangat 'sporting'. Biasalah, booth KarnaDya suka wujudkan suasana 'Pasar Malam'.
Saya ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pengunjung, pembeli dan juga penulis yang menyemarakkan suasana Pesta Buku. Tanpa anda sekelian, tidaklah meriah. Syukran sekali lagi. Secara peribadi, itulah yang saya rasakan. Teramat senang kerana dapat bersama semua pembaca dan penyokong setia saya yang datang dari dekat dan jauh. Dari sekitar Lembah Kelang, dari Perak (orang teman ni), dari Johor, dari Negeri Sembilan, dari Pulau Pinang, dari Kelantan, dari Pahang... Sabah dan Sarawak, malah dari semua negeri di Malaysia dan tentunya dari Singapura. Thank you all. Tanpa anda, tidaklah semangat saya jadi tinggi.
Kepada penulis-penulis yang sempat melepak dengan kami di booth KarnaDya, terima kasih jua. Datang-datanglah lagi ya.
Saya juga berasa seronok dengan sambutan yang diberikan orang ramai kepada produk baru kami, ia itu produk yang berbentuk digital. Ebook dan Interaktif ebook. Ramai yang terpikat dan ramai juga yang ralit membelek produk yang kami sediakan ini. Insya-Allah, bulan Julai ini akan berada di pasaran bagi mereka yang berminat. Ramai juga yang sibuk pergi mencari iPad2 dan katanya jenuh kena tunggu untuk dapatkan produk tablet itu. Semoga rakyat Malaysia akan menjadi canggih dan praktikal. Walaupun kami tidak mengharapkan sesuatu yang 'magikal' namun respons yang kami dapat dari orang ramai sungguh 'positif'.
Saya juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Hero Malaya, Zul Huzaimy yang sangat mesra dan rendah diri, datang untuk bertemu para pembaca dan peminat drama dan novel 'Kau Laksana Bulan' pada petang Sabtu itu. Saya tak sangka yang ramai sungguh minat kat Si Zul tu. Adoi... bertolak-tolaklah pulak. Apa pun, terima kasih ya Abang Zul. Terima kasih daun keladi, esok-esok kami jemput Abang Zul yang macho tu lagi. Hehe... handsome jugak mamat tu.
Okeylah... esok-esok saya sambung. Sekejap lagi, bila saya dapat gambar, saya akan uploadkan kat sini.
Terima kasih semua ya, termasuklah pihak media, Berita Harian, China Press, Bernama dan tidak lupa kepada semua staf KarnaDya, lama dan baru, yang sungguh 'sporting' dan bekerja bersungguh-sungguh. Alhamdulillah dan syukran.
Subscribe to:
Posts (Atom)