Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, April 15, 2012

Pilih Punya Pilih Nanti Dapat....

                    Pilih lagu

Salam pagi Ahad buat semua,

Pagi ini, masa bangun untuk solat subuh, badan saya rasa macam tak boleh nak bangun... huhu, bukannya apa, tapi semalam bekerja agak keras sikit, maklumlah melayan ahli keluarga dari pagi sampai ke malam. Tapi tak apa. Walaupun sakit dan keletihan, masih terasa seronok, terutama melayan salah seorang anak saudara yang sedang berkobar-kobar nak bertunang bulan depan. Cuma... tarikh yang dipilih tak pula sesuai dengan saya. Waktu itu, saya akan berada di tempat lain.

Apa pun, pagi ini saya nak bersembang kisah lain. Mungkin kisah ini dibangkitkan oleh seseorang. Tentang berubah hati. Kenapa agaknya ada orang senang berubah hati? Sekejap suka yang ini, esok dah tukar dan lusa tukar lagi. Mungkin tidak secepat itu, tetapi memang betul ada orang senang berubah hatinya.

Kerana itu mungkin, ada orang memang kalau nak pergi bershopping, akan pilih barang yang dimahukan itu sampai berjam-jam. Hatinya susah nak melihat apa yang paling baik buat dirinya. Huhu... yang ini nampak cantik, yang sana pun cantik juga, akhir-akhirnya terpilih sesuatu yang sebenarnya tak berkenan di hati. Silap tu, beb!

Kalau dulu-dulu, saya pernah juga bimbang kalau-kalau hati saya juga begitu. Takut senang berubah hati, tetapi alhamdulillah, setakat ini insya-Allah, saya tak pernah berubah hati sekalipun ada ketika ombak datang menyerang persisiran hati saya.

Tapi memang ada orang jenis rambang mata. Hari ini berjumpa dengan seseorang dan terus jatuh hati. Bulan depan, hatinya mula goyah dan terasa bahawa apa yang dah dipilih itu tak kena pula dengan kehendaknya. Maka, akan ditukar pula dengan yang baru. Dua bulan lagi, terjumpa pula orang lain yang sekali lagi menggoncangkan perasaannya, maka berubah lagi hatinya itu. Malang sungguh.

Kalau belum kahwin, tak apalah kalau hati asyik berubah, tapi kalau dah kahwin, kan susah? Lagi susah, kalau dah ada anak-pinak. Tak kesian ke pada anak atau anak-anak? Sampai hati ke kita mahu fikirkan diri sendiri sedangkan anak-anak kita tolak tepi?

Jadinya... bila belum berkahwin lagi dan tahu pula diri memang ada penyakit 'rambang mata dan rambang hati', eloklah pilih betul-betul, jangan main 'rembat' aje. Mula-mula, mungkin kita akan sakitkan hati orang, tapi lain kali, pasti kita akan terkena juga. Kata orang, kalau kita terlalu memilih, akhirnya akan dapat kepala ikan bilis. Nak buat apa, kan? Tak sedap!

Wassalam.