Assalam
Semalam, sehari suntuk kesibukan. Pada awalnya, kami ke Lenggeng kerana ada urusan. Kebetulan, ada juga majlis perkahwinan tak jauh dari situ, salah seorang staff suami saya mengahwinkan anaknya. Sebaik selesai, kami pulang dan bersiap-siap untuk ke Kuala Selangor dan Tanjung Karang sebab dah berjanji dengan Rozie untuk ke sana. Dalam perjalanan, kami singgah untuk ambil kawan saya Jamy dan dia ikut sekali ke Kuala Selangor. Kebetulan juga, jalan raya agak sesak dan hujan pun lebat.
Alhamdulillah, dapat lepak di rumah Rozie setelah berhenti seketika di Pasir Penambang untuk beli ikan bilis dan udang kering. Di rumah Rozie, macam-macam yang kami dapat rasa termasuklah minum air kelapa muda. Kebetulan kawasan padi yang sedang menguning. Seperti biasa, bila ke sana, macam-macam bekal lah yang kami dapat bawa pulang termasuk kelapa tua untuk buat masakan. Walhasil, mak Rozie beri kelapa cukup supply untuk berbulan-bulan lamanya. Alhamdulillah.
Lepas tu, kami pergi pula makan malam di pekan Sekincan. Makan makanan laut termasuk ketam dan ikan. Setelah makan, kami pun pulang dan samapi di rumah sekitar 11 malam. Alhamdulillah.
Hari ini, sekali lagi kami ke Lenggeng (untuk urusan) dan hari ini hujan sangatlah lebat. Tapi best sangat masa di Lenggeng sebab kabus tebal mengelilingi kawasan itu. Cantik sangat-sangat. Bila pulang, kami ke Resotoran Omak Den untuk makan masakan kampung dalam suasana kampung juga. Syukur alhamdulillah. Segala nikmat anugerah Ilahi.
Wassalam
Suasana sawah padi di Tanjung Karang
Ketika mentari mahu menyorok
Lepas makan, bersama Sarah, Rozie dan Jamy
Makan makanan Negri Sembilan di Restoran Omak Den



