Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, September 01, 2012

Life Goes On


Salam

Selagi ada umur, selagi bernafas di dunia ini, tak kiralah kita terjatuh atau dijatuhkan, Life still goes on. Jadi, tak perlu kisahkan sangat apa yang dah berlalu tetapi fikirkan apa yang akan kita tempuhi di depan. Sememangnya kehidupan seperti itu, ada liku-liku, ada ujian, ada cabaran, namun cuba bayangkan kalau hidup tak ada apa-apa yang mencabar kita, tentu ia jadi bosan. Maka, bersyukurlah di atas segala yang kita lalui ini, kerana itulah kehidupan dan tanpa kehidupan kita tak rasa apa-apa. Kosong belaka.

Alhamdulillah, semalam saya kesibukan dengan tetamu yang datang bertandang, kawan-kawan dan saudara-mara. Seronok dalam keletihan hinggakan tak sedar pun yang badan sedang kepenatan. Bila tidur, barulah pengsan! Alhamdulillah juga, selepas semua tetamu pulang, kami sempat lagi ke Sepang untuk beraya di rumah sepupu suami. Duduk bersembang hingga jauh malam, maklumlah bercuti. Banyak yang diceritakan dan banyak yang dikongsi tentang kehidupan ini.

Kata orang, jangan fikirkan tentang bila kita rebah atau jatuh, tapi fikirkan tentang bagaimana harus kita bangkit dan bangun, kerana orang yang berjaya biasanya akan terjatuh dulu dan bila bangun berasa segar dan bertenaga, insya-Allah.

Hari ini saya akan ke Gombak untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara saya, Amsyar yang kebetulan dilahirkan pada hari yang sama denga puteri saya, Laila Hana. Suatu ketika dahulu mereka seperti kembar (lain emak dan lain ayah)... jadi kami akan berkumpul tengah hari ini, insya-Allah.

Okey, semoga anda sekelian diberkati Allah SWT.

Wassalam.