Salam semua
Semalam pagi, kami rush ke Johor Bahru. Kebetulan, suami saya memang ada kerja, jadi saya ikut sekali. Entah kenapa, dua orang anak dan seorang cucu, pun ikut sekali (gerak hati kot). Dalam perjalanan, kami dapat berita tak baik, jadi kami terus bergegas ke hospital Colombia Asia Nusajaya. Sampai di sana, kami melihat si anak kecil, Salman sedang tenat. Malah, dia sedang nazak. Patutlah dua tiga hari sebelum itu, mata kiri saya asyik bergerak-gerak, tak henti-henti. Kata orang, itu tandanya nak menangis. Biarlah saya bercerita di sini, kisah Si Salman ini.
Sekitar dua tahun sepuluh bulan yang lalu, adik ipar saya dan isterinya, telah didatangi seorang bayi kecil. Dia dilahirkan 'down syndrom' dan ibunya telah tinggalkan setelah baby itu dilahirkan. Adik ipar saya sebenarnya tumpang jaga buat beberapa hari sehingga baby itu mendapat orang untuk membelanya, Namun begitu, setelah beberapa hari menjaganya, kedua-dua adik ipar saya dan isterinya sudah jatuh cinta dengan baby itu, lalu mereka terus bersetuju untuk mengambilnya. Maka dengan tiba-tiba sahaja, kami semua mendapat ahli keluarga baru. Masing-masing sangat suka kerana baby ini adalah anak istimewa. Alhamdulillah, kedua-dua adik ipar saya dan isterinya (Ed dan As) sangat menyayangi si kecil yang diberi nama Salman. Anak-anak Ed dan As (semua dan besar) juga menyanyangi si kecil ini. Malah, segala kasih sayang dari segi emosi termasuk material diberikan dengan serba sempurna, walaupun Ed da As bukanlah kaya-raya, sekadar biasa-biasa.
Kami juga tumpang menyayangi Salman. Kanak-kanak itu, pandai mengambil hati semua orang dalam keluarga besar dan teman-teman di sekeliling. Tak ada yang tak sayangkannya. Malah, dengan cucu-cucu saya, semuanya suka bermain dengan Salman, setiap kali berjumpa, mereka akan berkejar-kejar, bermain tak henti-henti. Begitu seronok sekali.
Salman, walaupun down syndrom, tetapi sangat cerdik dan sangat friendly. Kalau berjumpa, dia akan hulurkan tangan minta untuk dipeluk atau didukung. Salman lambat berjalan, tapi berjalan juga dia setelah berusaha keras. Malah, berlari pun sudah laju. Sebagai baby, Salman tidak banyak kerenah. Sekali-sekala sahaja dia semput.
Beberapa bulan yang lepas, Ed kena strok. Jadi huru-hara jugalah famili mereka. Dalam pada itu, kami sentiasa berdoa agar Ed cepat sembuh. Suami saya selalu berulang alik ke Johor untuk menjengah adiknya itu. Awal bulan Disember, kami turun ke Jay Bee kerana ada wedding di Singapura. Malam tu, kami berkumpul di rumah kakak ipar saya. Semuanya ada dan kami memang selalu seronok bila ada gathering macam tu. Kami berjumpa dengan Ed dan As dan juga Salman.
Jadi bila kami dapat berita yang Salman sakit tenat, kami terus ke hospital. Hati saya bagaikan tercucuk dan terhiris bila melihat kedua-dua Ed da As atas wheel chair sedang mengadap baby mereka yang ketika itu nazak di dalam kamar ICU. As memeluk saya dan menangis tersedu-sedan. Bagaikan bermimpi ngeri bila melihat si baby kecil sedang bernafas menggunakan machine. Segala-galanya sudah tidak berfungsi, sekadar menunggu masa. Walaupun Salman hanya seorang kanak-kanak berumur dua tahun sepuluh bulan, tetapi ramai sungguh yang datang untuk melawatnya. Saya tunggu dan teman kedua-dua Ed dan As dan kami sama-sama perhatikan machine menunjukkan kelemahan anak kecil yang sedang cuba melawan agar dia berjaya untuk terus hidup lagi. Namun semua ini adalah pinjaman Tuhan, akhirnya dengan penuh rasa kasih dan sayang kepada Salman yang lama menumpang kasih ibu dan ayah yang mungkin jauh lagi baik daripada ibu dan ayah kandungnya, menemu ajalnya. Berakhirlah sudah segala kasih dan sayang yang pernah dikongsi sama buat Ed, As, anak-anaknya dan kami semua. Salman... kau bintang hati kami semua. Pulanglah kau kepada Dia yang Maha Esa. Kau sekadar dipinjamkan untuk kami semua buat seketika waktu untuk mengenali apa itu kasih dan sayang yang tulus dan ikhlas. Dia putih bersih, sesuci embun pagi. Dialah cahaya yang menyinari hidup Ed dan As. Kedua-dua Ed dan As memangku jenazah Salman sepanjang jalan ketika membawa pulang ke rumah dan ketika dibawa ke tanah perkuburan.
Ya Allah... sudah lama saya tidak menangis begini. Pemergian Salman merupakan sesuatu pengajaran buat kita semua. Kita semua ini adalah pinjaman Tuhan untuk berada di dunia ini. Salman telah mengajar kami semua bahawa nilai kasih sayang itu tidak boleh dibanding dengan wang ringgit. Walau segunung harta, tidak sama dengan kasih sayang yang dikongsi ini.
Semoga Ed dan As akan tabah dan bersabar untuk menerima dugaan Tuhan. Semoga juga si anak kecil Salman akan menunggu mereka di pintu syurga, in sya Allah.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Sunday, December 30, 2012
Friday, December 28, 2012
Tak Ada Cerita
Salam semua
Saya sentiasa suka hari yang bertarikh 28, apatah lagi pada bulan Disember, sebab kalau ikut kalendar mat salih, hari ini adalah hari jadi saya. Hehe.
Dah beberapa hari saya tak update blog ini. Saja tak nak update... hehe. Sebenarnya sibuk. Hari ini pun rasa malas nak cerita apa-apa, cuma esok mungkin saya akan ke Jay Bee, teman encik suami pergi meeting. Tapi kami cadang balik hari sahaja. Bolehlah saya melawat adik ipar saya yang tak sihat.
Malam ini, kami sekeluarga akan pergi makan-makan, bukan celebrate birthday pun, saja nak makan-makan pada hujung minggu.
Kebetulan hari ini, saya dapat news daripada seorang pembaca saya (dah lama kenal dia) yang beritahu saya dia baru bertunang. Seronoknya saya dengar. Dulu, dia pernah frust berkali-kali. Alhamdulillah, Tuhan berikan dia kebahagiaan. Semoga tali pertunangannya itu akan membawa kepada pernikahan, dan akhirnya nanti selamat hingga ke syurga. In sya Allah.
Okeylah, semoga anda semua berbahagia di hujung minggu. Semoga kita diberkati Allah SWT, selamat dunia akhirat. Ameen.
Wassalam.
Monday, December 24, 2012
Beautiful Place
Assalamualaikum semua
Alhamdulillah saya update semula blog ini. Dah tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum masuknya tahun baru 2013. Sebenarnya saya memang malas nak tulis, tapi tak apalah, rasa macam nak share kisah-kisah di hujung minggu.
Hari Sabtu, kami ke Genting Highlands. Konon-kononnya ada yang nak berhibur di taman temanya. Tetapi malangnya buat kami, orang terlalu ramai. Jadi overall, kira 'TAK BERBALOI' lah. Bayar mahal-mahal, tapi nak naik apa-apa pun susah. Kena beratur sampai berjam-jam untuk naik satu benda. Last2, mereka yang ke taman tema luar, dapat naik dua ride sahaja. Seorang kena bayar RM50. Rata-rata, taman tema Genting Highland sangat uzur dan tidak terjaga (no maintainance). Ada yang sangat daif. Misalnya kereta apinya banyak koc yang dah rosak, tak boleh pakai. Kiranya management di Genting Highlands tu cuba kaut keuntungan sebanyak mungkin tapi kepuasan pelanggan tidak dihiraukan. Dulu, masa anak-anak saya kecil saya pernah ke sana. Dan sekarang ini anak-anak saya semua dah lama dewasa, keadaan di sana tiada perubahan. Banyak bangunan yang buruk warnanya. Kata orang sangat 'cikai'. Alahai... kenapa jadi macam tu ya? Sedangkan saya tengok banyak betul pelancong luar negara yang berada di sana. Kita tak malu ke? Saya rasa sangat malu sebab saya pernah ke taman-taman tema di luar negara, tak ada pun keadaannya yang macam di Genting Highlands.
Tinggalkan Genting Highlands, jom kita ke Kuala Selangor dan Sekincan. Saya seronok sangat di sana sebab sekali lagi kami ke rumah Rozie. Kali ini, Rozie ditemani kakak2 nya, kawan-kawannya. Saya berkenalan dengan Sara dan juga Anie. Sara datang dari Subang Jaya dan Anie memang orang Tanjong Karang. Kami berbual-bual tentang pelbagai hal dan lepas itu kami meronda-ronda di Sekincan. Pergi ke Kilang Padi dan beli beras baru. Kebetulan, masa makan tengah hari di rumah Rozie, kami makan nasi beras baru. Sangat-sangat sedap! Kami juga beli beras Pearl Rice, iaitu beras Jepun. Rupa-rupanya peladang padi di Sekincan juga tanam beras untuk di ekspot ke Jepun dan juga ada Brown Rice. Masa saya di sana (kilang padi), terserempak dengan jiran saya Mook. Dia dan suami juga ke Sekincan untuk beli beras Jepun!
Rupa-rupanya juga Sekincan sudah diperkenalkan kepada orang ramai sebagai 'The Beautiful Place'. Wakil rakyat di tempat itu yang telah buat promosi agar Sekincan lebih dikenali, Sungguh tu, tempai tu sangat cantik. Dapatlah juga kami melihat jentera memotong padi dan masukkan ke dalam lori. Sungguh menarik!
Kebetulan juga, Rozie mengajak kami cuba makan Mentarang bakar yang dijual di tepi jalan di Sekincan. Memang menarik. Siap makan mangga dan jambu merah. Juga makan jagung dan semestinya minum air kelapa muda!
Nak apa lagi eh? Jauh lagi seronok daripada ke Genting Highlands!
Wassalam.
PS: Gambar-gambar masa kami ke 'The Beautiful Place'.
Angkut beras baru di kilang padi
Benih padi - sangat cantik
Kami beramai-ramai di kilang padi (pakai baju belang ialah Anie).
Padi masak
Mamat-mamat kampung Sekincan
Potong padi
Lepak kat bendang
Masukkan padi dalam lori
Mentarang bakar
Minuman
Mentarang bakar- ready to eat
Firas
Ibu Rozie, kakak-kakak Rozie, Sara, Anie, Rozie dan anak saudara Rozie dengan saya di rumah ibu Rozie.
Hujan tengah lebat semasa kami bergambar.
Bangau di sawah padi
Bangau terbang - cantik giler!

Friday, December 21, 2012
Mood Bercuti
Salam semua
Hari ini hari Jumaat. Ramai yang bercuti, betul tak? Saya masih kesibukan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis, tapi saya juga dah datang mood untuk bercuti. Hehe... tak adanya nak pergi jauh-jauh. Esok, mungkin kami ke Genting Highlands. Balik hari aje... nak bawa budak-budak ni main-main. Actually kalau nak tidur pun boleh sebab saya ada apartmen kat Selesa Hillhomes. Tapi dah lama tak ke sana, jadi tak bolehlah nak tidur sana, banyak yang nak kena kemas. Huhu. Lagipun, hotel dah penuh. Hari Ahad, in sya-Allah akan ke Kuala Selangor/Tanjong Karang... hehe nak jumpa dengan Fira... Fira? Siapa Fira? Bukan Fira lah, tapi nak jumpa dengan Rozie. Kami nak pergi tengok orang potong padi di Sekincan. Lepas tu plannya nak pergi makan seafood. Best, best! Rozie pun janji nak masak kampung untuk kami masa makan tengah hari. Mesti kaw-kaw!
Memang mood holiday. Hari Isnin, cik abang saya bercuti. Hari Selasa memang krismas, kan? Bolehlah relaks2. In sya-Allah, awal bulan Januari, saya rancang nak ke Indonesia bersama encik suami saya. Bukan nak berhoneymoon, tapi nak pergi melawat 'the only uncle' saya (Sebelah ayah) yang berada di Indonesia sekarang ini. Ami Mustafa saya sebenarnya tinggal di USA, tapi sejak akhir-akhir ini, sepupu-sepupu saya di Indonesia membawanya pulang ke Indonesia. Mereka bersetuju untuk jaga Ami saya itu. Di Indonesia, kami masih ada banyak saudara-mara. Itulah saya bercadang untuk ke sana.
Okeylah... hari ini pun mood cuti tu dah ada dah... salam sayang saya buat anda semua. Jaga diri.
Wassalam.
Thursday, December 20, 2012
Alahai Dah Jadi Pemalas!
Salam
Saya tak marah siapa-siapa pun, tapi marah diri saya yang malas nak update blog. Kenapa jadi malas ni? Hehe... mungkin kerana entree saya pun dah banyak kot. Tapi... bila dah nak sampai penghujung tahun ni, saya banyak kerja, itulah yang jadi malas nak update blog. Sebab itu... hari ini saya tak tulis apa-apa, sekadar marahkan diri saya aje. Kalau ada mood, mungkin saya akan tulis sesuatu esok. Bagi anda yang sedang bercuti, okey... relaks2 lah, asal jangan habiskan semua duit-duit bonus tu... hehe. Saja nak usik.
Wassalam.
Wednesday, December 19, 2012
Tentang Hidup
Salam semua
Hari ini saya malas nak tulis, sekadar nak berkongsi dua quotation untuk kita renung-renungkan, satu yang berbunyi:
'Experience is a hard teacher because she gives the test first, the lesson afterward'. - oleh Vernon Law
Satu lagi pula:
'Even if you are on the right track, you'll get run over if you just sit there'. - oleh Will Rogers.
Petikan di atas ini adalah tentang kehidupan kita. Sekadar untuk kita renung-renungkan. Semoga anda semua dilindungi Allah SWT dan selamat dunia akhirat. Amin.
Wassalam.
Tuesday, December 18, 2012
Berapa Lama Tempoh Cinta Bertahan?
Salam
Hari ini mood saya untuk bersembang tentang tempoh cinta bertahan antara dua orang yang bercinta. Mungkin teringat pasal ini sebabkan tengok posting seorang teman kat FB dia... tentang hal ini. Banyak teori mengatakan bahawa bila couple tu mula-mula berkahwin, nama manja sering digunakan. Sayang lah, baby lah... apa-apa lah, bila dah mula dapat baby, isteri atau suami dipanggil mama dengan papa, ibu dengan ayah (apa hal ni?). Dah makin lama, panggil awak-awak balik... lama-lama hoi-hoi...
Alamak, betul ke ni?
Ada kawan tu berkata pada saya, ada couple kahwin memang lama, masih nampak macam okey, tapi sebenarnya tak okey pun, buat-buat macam okey. Kalau kat rumah, bersembang pun tidak, buat macam tak kenal aje. Bila orang datang, masing-masing pun berlakonlah. Kesiannya.
Ada tu, mula-mula kahwin bukan main romantik lagi, tapi masuk aje dua tahun, dah jemu dah. Kalau suami tu asyik menengking aje. Isteri pun sama naik, cakap sentiasa kasar. Orang kata macam sepadanlah. Sentiasa macam berperang.
Ada jugak, dari mula kahwin sampailah lebih 25 tahun pun, tangan suami mudah betul naik ke muka isteri. Bila mood bagus, merata dibawanya makan angin, bila mood tak bagus, tak usah haraplah nak manja-manja!
Tapi... saya selalu juga lihat 'loving couple' ni. Walaupun dah kahwin lebih 40 tahun, ada couple sangat loving. Cara mereka sama sahaja, macam dulu-dulu jugak. Cakap lembut-lembut. Si suami layan isteri macam permaisuri, si isteri layan suami macam raja. Hehe... ini barulah betul.
Inilah dunia realiti, kan? Nasib kitalah sama ada bertemu dengan orang yang dapat membahagiakan kita atau tidak. Kadang-kadang rumah besar bak mahligai, pintu pagar pun macam kat cerita Dallas atau Dynasty tu... tapi hati di dalam hanya Tuhan yang tahu.
Tentunya cinta kita pada yang Esa sahaja yang mampu bertahan sampai bila-bila. Selagi kita mencintai-Nya, selagi itulah kita akan rasa cinta-Nya. Wallahuaklam.
Wassalam.
Monday, December 17, 2012
Betul Ke Kita Raja Rasuah?
Salam
Dah dua hari saya tak update blog. Saja nak rehat-rehat. Tapi hari ini rasa macam nak tulis sesuatu. Ada member tolong letakkan posting ini yang menyatakan negara yang kita cintai Malaysia merupakan 'World Champion in Corruption'. Linknya:
http://www.youtube.com/watch?v=Uwzt2x3-W00&feature=share
Saya berasa sedih sangat bila melihat apa yang dipaparkan. Bayangkanlah, dulu-dulu kita selalu tuduh negara-negara seperti Indonesia, Mesir, India dan China sebagai negara-negara korupsi, tetapi sekarang ini dunia mengatakan bahawa kitalah jaguhnya!
Adoi nak letak mana muka kita ni?
Atau kita nak nafikannya?
Kalau kita nafikannya, mungkin kita pun sama juga kot... memang mengamal korupsi dalam kehidupan seharian kita. Rasa macam nak termuntah!
Okeylah, mudah cakap kalau dalam dunia buku pun ada korupsi, bayangkanlah dalam dunia lain di negara ini. Kenapa kita boleh jadi sampai begini ya? Siapa yang ajar kita sebenarnya? Tentulah kalau orang di bawah berani mengamal korupsi kerana melihat cara orang di atas melakukannya. Macam anak-anak lah, kalau mak ayah jahat, gerenti anak-anak pun akan buruk perangainya! Kalau mak ayah buang sampah merata-rata, anak-anak akan ikut aje! Nauzubillah.
Apa pun, jom kita lihat di cermin dan pandang betul-betul pada muka kita. Sampai hati ke kita untuk amal korupsi sedangkan dalam al-Quran sudah dinyatakan hal itu sangat dibenci Allah SWT? Manusia jenis apakah kita ini?
Suatu hari, seorang kenalan sedang membawa tupperware (volume yang banyak jugalah) nya untuk diedarkan kepada pembelinya. Jadi dalam keretanya adalah tupperware. Dia kena tahan polis sebab terlupa bawa lesen keretanya. Kebetulan pula, teman itu tak ada duit cash di dalam tangan. Polis pula minta habuannya. Dia kata kat polis berkenaan, "Saya tak ada duit," dia pun buka beg tangan dan pursenya.
Kata polis pula, "Tu ada tupperware. Bagilah..."
Jadi teman itu yang ketika itu tak tahu nak buat apa, pun beri sahaja tupperwarenya.
Tupperware pun okey! Tak teruk ke perangai?
Masihkah kita nak nafikan hal ini? Dan apakah yang sedang dilakukan pihak yang bertanggungjawab? Sama-sama tak nak bertanggungjawab ke? Atau... korupsi okey apa. Mana ada haram!

Friday, December 14, 2012
Sinopsis Beautiful Asmara
Salam
Di bawah ini ialah sinopsis Beautiful Asmara. Saya difahamkan bahawa mungkin mulai hari ini, anda boleh mendapatkannya melalui pembelian ebook atau digital di esentral atau linknya
http://www.e-sentral.com/search/byid/2895.
Jom, cuba baca novel secara digital pula! Sangat murah, hanya RM14 sahaja (Novel digital). Dah ramai yang mencuba dan happy membaca secara digital.
Sinopsis:
Husna, Khaleeda dan
Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun
suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan
minah urban.
Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga
sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu
tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar
perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan.
Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak
semudah menyusun huruf alif baa taa.
Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’,
bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama
dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan
itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini,
Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula
kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez
hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz
yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan.
Beautiful Asmara
akan membawa anda untuk berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak,
ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip
menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapi
mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.
Wassalam.
Thursday, December 13, 2012
Novel Terbaru Saya - Beautiful Asmara
Salam semua
Buat anda yang tertanya-tanya tentang novel terbaru saya, judulnya ialah 'Beautiful Asmara' - something classic, bukan classy. Hehe... Saya rasa cover novel kali ini sangat modern dan sangat urban rupanya. Sangat colorful juga dan mungkin kelihatan agak muda. Tapi ceritanya tidak serupa seratus peratus dengan covernya. Saya boleh katakan 50-50. Sebahagian dari latar belakangnya tidak urban, gaya hidup juga tidak semua yang modern, tapi ada juga yang begitu. Kisah pula, ada orang muda dan ada juga cerita famili. Macam stail saya lah... mesti campur-campur. Ada banyak misteri (soalan-soalan dan teka-teki), seelok-eloknya bila anda baca, jangan cepat-cepat tengok muka surat di belakang. Mungkin anda akan terpedaya. Kalau baca tu, biar relaks2 dan jangan buat diri ter'confuse'. Untuk makluman anda, jalan ceritanya sangat mudah bukan sesuatu yang rumit, jadi tak usahlah risau sangat.
Bagi anda yang tertanya-tanya tentang judulnya, hah... kena baca. Bila baca nanti barulah tahu kenapa saya letak nama tu.Novel ini akan muncul secara 'digital' dulu, dan kemudian barulah secara fizikal pula. Nanti anda boleh lihat di website KarnaDya, sinopsisnya sekali. In sya Allah, petang ini akan ada di website.
Salam sayang buat semua.

Wednesday, December 12, 2012
12.12.12. - Ibu Mertuaku
Sekadar hiasan
Salam
Tarikh hari ini memang cantik. Ramailah yang nak pilih hari ini untuk menikah, kalau orang Melayu, dan mungkin kahwin untuk orang Cina. Setidak-tidaknya bertunang. Huhu... nombor yang cantik, tapi tak membawa apa-apa makna pun, sekadar nombor saja lah.
Tak apa. Jom kita sembang tentang benda lain. Baru-baru ni, saya dengar cerita daripada orang yang dekat dengan saya. Katanya anak perempuan dia dah jadi 'single mother'. Jadi saya pun agak hairanlah juga sebab anak perempuannya itu baru sahaja mendapat anak lelaki. Mungkin sekarang ini dah lebih setahun umurnya.
"Kenapa? Suami dia buat hal ke?"
Katanya, "Bukan. Tapi ibu mertuanya."
"Aik. Masih ada lagi ke kisah 'Ibu Mertuaku ni'?" Saya bertanya, bertambah hairan.
Itulah al kisahnya. Katanya, anak perempuannya sungguh tak tahan kerana ibu mertuanya terlalu 'possesif' hinggakan kalau datang ke rumah anaknya itu, ibu mertuanya mahu tidur sebilik dengan mereka. Isy apa kes ni? Dah tu, susun atur perabot dalam rumah anaknya itu akan ditukar oleh ibu mertuanya setiap kali dia datang ke rumah mereka, ikut selera dia. Huhu! Best punya mak mertua!
Macam-macam yang diceritakannya, rasa macam lucu pulak. Tetapi itu adalah realiti bila seorang ibu terlalu possesif dengan anak lelakinya. Kata orang yang bercerita, segala benda tak boleh letak nama isteri, ibu mertua akan arah untuk letak nama adik-adik si lelaki. Terbaik!
Okeylah... ini sekadar cerita sahaja, kerana kadang-kadang kita tak tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Kita nampak di depan sahaja. Mungkin kita ingat kisah begini terjadi dalam filem atau TV, tetapi sebenarnya boleh berlaku di mana-mana di dunia realiti. Wallahuaklam.

Tuesday, December 11, 2012
Ada Duit Sayang, Bila Tak Ada...
Friends
Salam
Hari ini cuti umum untuk negeri Selangor. Walaupun saya tinggal di Negeri Sembilan, semua orang di rumah saya bercuti kerana masing-masing bekerja atau belajar di Selangor. So, Relaks maa... best, best!
Hah, hari ni nak cerita pasal benda-benda sensasi ni. Tentang ada duit dengan tak ada duit, atau tentang bila kaya atau berada vs bila susah dan tak ada apa-apa!
Kenapa bila kita banyak duit dan kelihatan senang, ramai yang nak kawan dengan kita? Sangat laku. Bila tak ada apa-apa, tak usah haraplah. Semua akan menjauhkan diri. Bila kita berkedudukan tinggi dalam masyarakat, ramailah yang nak kenal dengan kita. Banyaklah semut yang datang menghinggap sebab terasa manisnya. Tapi bila tak manis lagi, semut pun pakat lari, tak suka kan kita lagi. Kesian.
Ada orang memilih kawan. Mahu berkawan dengan orang-orang yang senang sahaja. Kalau tak senang, tak kuasalah nak dekat. Buat menyusahkan! Katanya, "Kalau kawan-kawan kita orang berada, senanglah kita nak buat bisnes. Kalau jual apa-apa pun mudah orang nak beli." Iya ke tu? Tapi kalau memanjang asyik menjual aje, orang pun malas nak beli. Takkan asyik beli aje kot?
"Kalau kawan-kawan kita banyak duit, senang nak ajak keluar, nak buat apa-apa pun tak susah. Senang jugak nak paw!"
Saya pulak sangat berbeza. Dari kecil lagi dah macam tu. Saya takut berkawan dengan orang kaya. Dulu, masa saya sekolah, rata-rata kawan-kawan saya adalah orang biasa-biasa sahaja. Mungkin satu saja kawan saya yang kaya, yang lain tak kaya! Huh! Kakak dan adik-adik pulak berbeza. Mereka berkawan dengan orang-orang yang senang (walaupun bukan semua kaya-raya), tapi tak ada yang susah. Saya jenis berkawan dengan kawan-kawan yang ada tinggal di kawasan pedalaman. Nak pergi ke rumah dia sampai kena jalan kaki berbatu-batu. Tapi saya tetap pergi. Kawan maaa...
Sekarang pun saya masih macam tu. Memang ada kawan-kawan saya yang kaya. Kaya-raya pun ada. Tapi saya sentiasa berkawan dengan kawan-kawan yang biasa-biasa. Saya senang begitu. Kalau kawan saya susah, saya lagi bertambah concern. saya tak akan menjauhkan diri. Bagi saya, bila kawan ditimpa musibah, itulah masa mereka memerlukan kita sebagai penyokong semangat. Bagi saya, tak kisahlah kawan kita kaya ke tidak, asalkan mereka ikhlas berkawan dengan kita. Saya tak pernah (in sya Allah) menjauhkan diri saya daripada mereka yang tiba-tiba jadi susah atau ditimpa musibah, kerana bila saya susah, saya juga perlukan kawan-kawan untuk berikan semangat pada saya (dalam apa jua keadaan).
Mudah kata, saya sayang pada semua yang sayang saya, tak kisah apa sekalipun keadaannya.

Monday, December 10, 2012
Aku Bukan Robot
Sekadar hiasan
Salam
Hehe... kalau buat tajuk novel macam kat atas ni, macam mana? Mesti orang ingat saya buat cerita science fiction, kan? Alahai saya belum boleh buat novel yang macam tu, sebab saya tak pakar dalam bidang itu. Apa pun, 'Aku Bukan Robot', ni sama maksudnya dengan 'Aku Ada Perasaan'. Betul tak? Ada ke robot yang ada perasaan? Kalau tengok TV, memang ada adiwira yang datangnya dari manusia, misalnya Superman, Ultraman dan macam-macam lagi. Ini menunjukkan bahawa manusia masih mahu adiwira mereka mempunyai perasaan, tak mahu robot dijadikan wira, sebab macam yang kita tahu mana ada robot yang ada perasaan. Manusia ialah buatan Tuhan, tapi robot adalah buatan manusia... hehe, itulah bezanya. Apa pun, semuanya adalah di atas izin Tuhan, walaupun kat dunia ni belum wujud lagi adiwira seperti yang selalu kita tonton kat panggung wayang atau TV. Semuanya sekadar imaginasi.
Okey, apa kaitannya dengan tajuk kat atas ni? Saya nak bersembang tentang perasaan. Mungkin kita ada teori masing-masing. Saya masih ingat lagi masa dulu-dulu semasa saya bekerja di sebuah badan berkanun. Adalah dua orang teman ni, kedua-duanya perempuan. Seorang ni memang payah nak tunjuk perasaannya. Eh, dua-dua pun payah nak tunjuk perasaannya. Yang seorang tu, dia okeylah, ada kawan-kawan kat ofis, tapi dia tak pandai kendali perasaan staf di bawahnya. Kalau ada apa-apa yang perlu dia tanda tangani, dia akan buat, tetapi lepas itu dicampak sahaja fail berkenaan di atas lantai. Terpaksalah staf di bawahnya pungut dari atas lantai, bukan dari atas meja. Baginya, tak apalah macam tu. "Alah, dia orang tu staf aje pun. Kita jangan bagi muka sangat." Itulah cara dia. Dah tu, setiap hari dia akan minta staf buat kerja sampai lebih dari masa yang dah lebih tu. Kadang-kadang staf jadi bosan. Satu hari, terjadi sesuatu yang tak enak yang berlaku pada dia. Jadi, tersebarlah macam-macam teori.
Kisah yang seorang lagi pula, dia langsung tak nak berkawan dengan siapa-siapa. Bos semua suka dengan dia, sebab dia suka buat kerja, tak kira masa. Tapi tak ada sorang pun staf yang berkenan, sebab dia tak tahu berkomunikasi dengan staf bawahan. Staf dan pegawai asyik clash. Staf asyik minta tukar dari bahagian berkenaan. Adoi, memang memeningkan kepala.
Kalau kita teliti betul-betul, ada ketika ada orang berkelakuan demikian kerana sebab-sebab tertentu yang terjadi kepada mereka. Saya tahu yang kedua-duanya tidak pernah begitu dulu-dulu, tetapi berubah kerana sesuatu yang terjadi kepada mereka.
Manusia akan menjadi robot kalau hilang rasa pada diri. Jadi, sebagai insan yang hidup bukan sekadar mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan, kita juga perlu hubungan yang baik dengan insan-insan manusia yang lain. Barulah kita dikatakan mempunyai akhlak yang mulia. Wallahuaklam.
Wassalam.
PS: Si kenit-kenit kat rumah saya dah gilakan Ultraman pulak sekarang ni. Siap bersilat-silat, bila nampak Ultraman kat TV. Hehe

Sunday, December 09, 2012
Berseloroh Tak Bertempat
Prince William dan Duchess of Cambridge - keluar dari hospital
Salam
Mungkin anda dah dengar cerita tentang apa yang terjadi pada mangsa 'prank atau hoax call' atau panggilan olok-olok yang dibuat oleh sebuah radio stesen di Australia kepada sebuah hospital (Hospital King Edward VII, London) di mana Duchess of Cambridge (Kate Middleton, isteri Prince William) di katakan sedang ditempatkan berikutan kehamilannya. Malangnya, mangsa yang telah dipermain-mainkan itu (seorang jururawat) mungkin terkejut dan sangat stres, telah membunuh diri di tempat kediamannya (hostel untuk para jururawat). Jacintha Saldanha, berusia 46 tahun, dikatakan seorang jururawat yang sangat profesional. Malah, semua orang kata bahawa dia sangat baik dalam jalankan tugasnya dan juga dengan orang lain. Namun begitu, panggilan 'olok-olok' dari stesen radio Australia itu yang bertujuan untuk berseloroh, akhirnya telah mencetuskan satu kontroversi!
Mungkin ramai DJ-DJ radio seronok benar untuk kenakan orang dari masa ke masa, tanpa berfikir bahawa ada ketika, ada mangsa yang dikenakan itu, mungkin tidak mampu mengawal stres yang tiba-tiba datang kepadanya.
Malah, dalam hidup ini juga, banyak orang suka mempersendakan orang lain. Dalam hal agama pun sama. Ada tu suka buat lawak tak kena gaya. Membingungkan kerana itu bukan satu hal yang boleh kita buat main-main.
Cerita pasal kenakan orang ni, memang selalu sangat terjadi di stesen TV dan juga radio. Saya pernah tengok (kat YouTube) kisah bagaimana sebuah stesen TV kenakan orang ramai yang naik lif (seorang atau berdua) di matikan lampunya dan kemudian muncul pula seorang anak kecil yang kelihatan seperti hantu. Semua yang berada dalam lif itu takut terketar-ketar. Bayangkan kalau ada yang sakit jantung, mungkin boleh mati, kan?
Saya juga selalu dengar 'prank calls' yang dibuat oleh DJ-DJ Malaysia. Kadang-kadang tu memang menyakitkan hati. Sangat tak berperasaan.
Bukanlah saya tak boleh terima permainan seperti 'gurauan' ini, telapi biarlah seloroh tu kena gayanya dan jangan melampau-lampau. Kalau melampau-lampau, kadang-kadang selepas ketawa terbahak-bahak mungkin kita akan menangis. Itulah yang terjadi dengan 'prank call' yang dibuat oleh stesen radio Australia itu! Moral of the story, kalau nak kenakan orang pun, kita kenalah bijak dan jangan buat orang melampau-lampau kerana akhirnya nanti kita yang akan kena balik.

Saturday, December 08, 2012
Novel Baru
Salam
Pagi ini tak bercadang nak tulis banyak-banyak sebab ada kerja yang nak kena buat kat luar tu. Okeylah, ada pembaca saya yang sibuk bertanya, apa nama judul novel baru saya. Hehe... mungkin saya boleh kata, ada kena-mengena dengan 'lawa'. Cerita pulak? Latar belakangnya di tempat-tempat menarik di Malaysia ni. Ada tu, mungkin anda tak berapa tahu sangat, tapi dalam novel saya anda akan tahu. Karakter pun sama, sangat berbeza daripada karakter yang pernah saya bawa, terutama tentang kerjaya mereka. Biasanya memang macam tu, saya suka membawa 'kerjaya' yang berbeza agar pembaca saya dapat pengetahuan baru. Cerita... ada banyak teka-teki ada banyak 'misteri'.
Okeylah hingga bertemu lagi, semoga hujung minggu anda menggembirakan anda semua.
Wassalam.
Friday, December 07, 2012
Adil Ke Tak Adil?
Salam
Ada orang tanya pada saya (3 orang yang bertanya ni), apa kebaikan minum madu+limau nipis+asam jawa tu? Hehe... saya belajar masa kat Sri Lanka. Kata cikgu yang bercerita tentang kebaikan bahan makanan yang natural ini, kalau kita amalkan mium macam tadi tu, kita boleh detox apa2 yang kita terlebih makan. Malah, ia mampu untuk membakar kalori dan pulihkan sistem metabolism kita. Semua ini untuk kawal obesiti. Di Sri Lanka, memang payah nak jumpa orang yang gemuk-gemuk. Bukanlah tak ada langsung, mungkin ada yang tak amal benda-benda macam ni... hehe. Apa pun, kita usahakan sahaja, lain-lain adalah urusan Tuhan. Jangan lupa, kalau guna madu tu, bukan sembarangan tau, kena guna madu yang betul2 madu, bukan yang tiruan.
Okeylah, jom kita beralih topik. Adalah seorang teman ni membangkitkan kisah adil dan tak adil antara lelaki dan perempuan. Kata dia pada saya, "Kenapa ek, bila ada saja masalah rumah tangga, orang perempuan akan dituduh tak pandai jaga suami, sedangkan yang buat hal tu lelaki. Tak ada pun nak disalahkan lelaki. Seolah-olah, bila lelaki buat hal dalam rumah tangga, perempuan yang bertanggungjawab!"
Adoi... susah ni. Mungkin juga kerana biasanya para ibu sayang pada anak-anak lelaki mereka, jadi mereka tak nampak bila anak lelaki buat salah dan silap. Dalam kes ni, salah perempuan juga ni. Lagi satu, biasanya juga, kita di Malaysia ini, malah di kalangan mereka yang beragama Islam, mudah percaya bahawa orang perempuan wajib taat pada suami. Full stop. Dalam hal ini, taat membawa tanggungjawab yang teramat berat hingga memadamkan tanggungjawab lelaki. Banyak orang terlupa bahawa Allah SWT sudah sediakan satu sistem perkahwinan yang sangat adil di antara lelaki dan perempuan. Namun kebanyakan orang bersifat 'berat sebelah'. Bila disebut sahaja tentang taat, kebanyakan orang mahu si isteri taat (tak kisah apa keadaan sekalipun) walaupun lelaki tidak bertanggungjawab, tidak beri nafkah, malah ada yang memukul (tendang terajang) isteri pun, masih dikatakan sang isteri perlu taat.
Oleh kerana itulah kita melihat banyak kes-kes ibu tunggal di Malaysia, para ibu terpaksa bersusah payah untuk besarkan anak-anak mereka, tanpa penglibatan kaum lelaki. Macam mana boleh jadi begini ya? Sekalipun si lelaki tidak suka pada bekas isterinya, boleh ke dia juga tidak suka pada anak-anaknya? Dia boleh berkahwin lagi dan boleh besarkan anak-anak lagi (dengan isteri baru), tetapi tak boleh menanggung nafkah anak-anak dengan isteri terdahulu.
Bagi saya, dalam hal ini sangat mudah. Kita jangan pedulikan pada lelaki yang memang ada sifat begitu, yang lepas tangan pada tanggungjawabnya, kerana kalau kita fikirkan balik, apa faedahnya kalau kita buat bising dengan lelaki yang berotak bebal ini? Mudah cerita, lelaki begini memang tak tahu agama pun! Jadi biarkanlah mereka. Satu hari nanti, mereka akan tahu juga dunia ini bagaimana. Bertambah menakutkan kerana Akhirat tetap menunggu mereka.
Pun begitu, ini tidak bermakna kaum wanita boleh berdendang sayang dan sibuk main-main FB, sibuk berSMS dengan buah hati lama hinggakan anak-anak dan suami terabai pula. Dalam kes begini, kalau ada yang tidak bersimpati... okeylah. Nak buat macam mana lagi?
Sama-samalah kita fikirkan. Hidup di dunia hari ini tidak semudah mengatur huruf Alif Baa Taa. Banyak dugaan dan banyak cabaran. Namun kalau kita bersabar, in sya Allah kita selamat. Wallahuaklam.
Wassalam.
PS: Saja saya letak gambar saya dan kawan-kawan sekolah GEGS, Kuala Kangsar. Nampak tak saya yang mana satu?

Thursday, December 06, 2012
Industri Kreatif Yang Seciput Ni
Abang AA yang sedang meletup! Semua pun boleh buat. Action, lawak, romance... hantu boleh ke?
Salam
Okey, sekarang ini saya tak minum kopi di awal pagi. Saya tukar minum madu+limau nipis+asam jawa panas. Lepas tu nanti barulah saya minum kopi masa nak sarapan. Saya belajar sesuatu yang baru dan berkesan, alhamdulillah.
Okeylah, ni nak cerita pasal penulis dan royalti. Adalah kawan saya ni bercerita, ada satu syarikat penerbitan ni, dah tak nak ulang cetak buku-bukunya lagi, pada hal buku-buku tu dulunya meletop-letop. Jadi kawan saya ni pun mintalah balik hak ciptanya itu. Maklumlah dah kalau tak berminat, kawan saya akan usahakan untuk cari tempat lain untuk diterbit semula. Tapi malangnya bila kawan saya hantar emel pada syarikat itu (kalau tak silap dah tiga kali), tak ada pulak dia orang menjawab. Buat dek saja. Jadi kawan saya tanyalah, "Nak cetak lagi ke tak nak? Kalau tak nak, tak apalah... sebab pembaca saya duk tanya-tanya ni." Alahai... kalau dah tak minat lagi pada penulis tu, bebaskanlah dia. Itulah pasalnya, sebab dulu sain kontrak fesyen tak ada 'limit'. Limitnya ialah selagi ada bulan dan bintang. Jadi... boleh buat sesuka hati.
Ada juga saya dengar cerita, ada penulis-penulis yang tak puas hati dengan penjualan buku mereka, jadi pergilah bertanya dengan sebuah syarikat ni. Dia orang ni terus nak minta royalti. Katanya dulu-dulu memang dah dapat pun, ada yang berkali-kali dapat sebab buku dah cetak banyak kali. Jadi dia orang beranggapan bahawa buku masih lagi banyak yang dah jual. Bila tanya, syarikat pun cakaplah, "Iya... ada buku yang laju, tapi banyak jugak buku yang slow. Bukan semua buku meletup-letup. Kami bayar ikut payment yang kami dapatlah. Kadang, buku kami edar pada kedai, tapi lepas enam bulan, buku return berlambak-lambak."
"Kalau kami nak balik hak cipta kami macam mana? Boleh dapat balik tak?"
"Boleh. Kami bukan paksa anda tunggu dengan kami. Tapi... kalau nak hak cipta tu balik, kenalah clearkan buku-buku yang masih ada dalam stok kami ni. Kami dah pun keluarkan budget besar untuk cetak. Kalau nak cetak semula kat tempat lain, siapa pulak yang nak clearkan stok ni?"
Namun malangnya, bila dengar sahaja tentang kena clearkan stok tu, teman-teman ni jadi tak jadi pulak. Ada juga yang beria-ia kata, "Okeylah, nanti saya datang ambil balik buku-buku saya tu. Saya beli." Tapi bila diberitahu tentang jumlahnya, terus diam tak bertanya lagi.
Aduhai... bagi saya hal-hal begini sangat mudah, bukan soal besar pun kalau kita sama-sama pandai bertolak-ansur. Yang penting, kita jangan tuduh-menuduh tanpa usul periksa. Jangan dengar cakap-cakap teman yang tak tahu apa-apa. Kalau nak jadi penulis, kita kena bersikap profesional. Walaupun kita orang kreatif, kita kena tahu tentang bisnes. Begitu juga dengan orang bisnes, walaupun sangat concern tentang wang-ringgit, kena juga faham penulis, yang kadang-kadang tak tahu pun tentang hal bisnes ni.
Cuba kita lihat dunia kreatif kita hari ini. Bila sesuatu itu menjadi, semua orang akan 'repeat' benda yang sama, sehingga masyarakat jadi mual dan muak. Orang kata ada yang termuntah-muntahlah! Mana tidaknya, kalau action movie laku, kita pakat buat action movie. Kalau cerita lawak laku, pakat buat pulak cerita lawak, lepas tu cerita hantu. Tapi... yang berlakonnya orang yang sama saja. Jadi... tak termuntah ke? Last-last orang malas masuk panggung lagi. Boring. Jemu dan bosan tahap gaban! Yang rugi siapa? Semua yang terlibat dalam industri itu akan kerugian. Begitulah halnya dengan 'book industry'. Kita semua jangan 'eksyen' sangat. Sepatutnya kita kena sama-sama cari jalan untuk perluaskan dan majukan lagi industri kita dengan cara yang sihat. Bukan cari jalan nak bergaduh aje! Dahlah industri kita ni tak besar mana, seciput aje. Bila kita naik melambung, jangan ingat kita tak boleh jatuh. Biasanya kalau dah naik tinggi sangat tu, bila jatuh pun akan jatuh merudum! Wallahuaklam.

Wednesday, December 05, 2012
Kawan Ke Lawan?
Salam,
Sekali lagi saya nak bawa kisah kawan. Dalam hidup kita ini, kita akan bertemu dengan macam-macam karakter yang mungkin kita anggap sebagai kawan, tetapi secara jujur biar saya katakan di sini, bukan semua kawan itu adalah benar-benar kawan kita. Ada tu, mereka datang dan kemudian hilang terus dari hidup kita. Ada kala, beria-ia dia mahu jadi kawan kita, tetapi bila terjadi sesuatu, mereka akan hilang bak embun pagi bila kena cahaya mentari.
Ada kawan yang hadir dalam hidup kita kerana mahukan sesuatu daripada kita. Mula-mula tu, bukan main baik lagi. Hantar mesejlah, hantar emel lah, datang berjumpalah dan macam-macam lagi. Lepas tu, tahu-tahu dia sudah menjauhkan diri lalu terus 'berkata-kata' tentang kita di belakang kita!
Kadang-kadang, memang kita terasa hati dengan kawan-kawan yang baik dengan kita. Tetapi biasanya, kalau betul-betul mereka itu merupakan teman kita, mereka dan kita juga akan mencari jalan untuk memperbaiki keadaan, lalu berbaik semula. Namun begitu, bagi mereka yang hadir secara 'artificial' dalam hidup kita, tak mampu membuat kita rasa mahu berbaik dengannya.
Ada ketika, kita berdepan dengan masalah. Tak kisahlah masalah apa. Semasa itulah kita akan tahu siapa kawan-kawan kita yang sebenarnya. Biasanya, kalau berkawan dari hati yang murni, kita akan terus berada di sisi kawan, tak kira apa jua masalah yang dihadapinya. Di mana patut, kita membantu dan memberi sokongan.
Paling menyakitkan kalau kita dapat kawan yang berlagak seperti kawan, tetapi sebenarnya dia adalah lawan! Musuh dalam selimut. Sekadar berbaik dengan kita kerana sebab-sebab tertentu yang menguntungkannya. Nauzubillah, semoga Tuhan jauhkan mereka yang begini daripada hidup kita.
Wassalam.
Tuesday, December 04, 2012
Tahu Siapa Psy, Tapi Tak Tahu Belarus Itu Apa
Inilah peta negara Belarus
Yang ini, semua remaja tahu sangat-sangat
Salam
Hari ini, remaja kita tidak lagi seperti dulu-dulu, sekalipun keputusan di sekolah mereka mungkin cemerlang, namun rata-rata mereka tidak peka dengan apa yang terjadi di dunia luar. Masing-masing terlalu taksub dengan gadget-gadget yang ada kini dan hampir setiap hari dan masa yang ada, ramai yang habiskan masa berkomunikasi dengan gadget mereka sahaja. Masing-masing ralit ber SMS atau bermain 'games', atau melayari You Tube dan yang lain-lain, hinggakan tak ambil peduli dengan apa yang sedang berlaku di tempat orang. Malah, kalau ada apa-apa yang berlaku di tempat sendiri pun mereka tak ambil tahu.
Remaja hari ini hanya mahukan hiburan dalam hidup mereka. Kalau dapat ketawa banyak-banyak, ramai yang suka sangat-sangat, hinggakan tak harapkan apa-apa lebih daripada itu. Mereka ke sekolah dan mungkin ada yang terpaksa hafal buku, tapi tak banyak ilmu yang mereka pungut. Kenapa begitu?
Remaja hari ini tidak hidup susah. Rata-rata semuanya cukup untuk mereka dan kerana itu, mereka tak perlu fikir sangat. Apa sahaja yang mereka mahu, mereka dapat. Mereka tak kisah pun negara Libya itu letak di mana. Tak tahu pun ada negara bernama Belarus. Tak kisah pun apa yang terjadi di negara China ke atau Afrika. Mereka suka tengok 'football', tapi tak tahu pun Manchester atau Liverpool itu letaknya di mana.
Okeylah, saya akui bukan semua remaja yang begitu, tapi tak usahlah beritahu pada saya yang apa saya katakan ini tidak benar langsung! Kalau anda tak percaya, cuba anda bersembang-sembang dengan pelajar sekolah yang cemerlang di sekolahnya.
Sebagai ibu bapa yang bijak, kita kena selalu berkomunikasi dengan anak-anak dan pastikan anak-anak tidak terlalu ghairah dengan alat komunikasi masing-masing sekadar untuk bermain 'game' atau berSMS kosong dengan teman-teman mereka. Ajaklah anak-anak kita untuk bersembang dengan orang luar, melihat berita di TV, membaca di komputer atau membaca buku yang mampu memberi ilmu buat mereka. Jangan biarkan anak-anak kita berkhayalan dengan hiburan kosong, taksub dengan pelajaran yang diturunkan secara 'lawak-jenaka', kerana hal-hal ini mampu merosakkan fikiran anak-anak kita. Biarlah anak-anak kita mempunyai akal dan fikiran yang matang, tidak ralit dengan hal-hal yang kosong sahaja.
Cuba kita lihat dunia Islam yang lain, banyak yang sudah dimusnahkan kerana itulah strategi mereka yang benci pada orang Islam. Mereka akan cuba musnahkan dengan apa cara jua. Kita di sini wajib peka dengan apa yang berlaku di luar sana. Biarlah anak-anak kita jadi orang yang bijak, bukan sekadar kenal siapa Justin Bieber dan siapa Psy... itu sahaja.

Monday, December 03, 2012
Di Manakah Nilainya?
Sekadar hiasan
Salam semua
Alhamdulillah, saya sudah pun pulang dari Johor Bahru dan juga Singapura. Semasa kami tiba di Singapura pada hari Sabtu itu, hari hujan agak lebat juga. Walaupun suami saya dilahirkan di sana, tapi kami tak selalu sangat masuk ke pulau itu, jadi bila nak cari rumah orang... apa lagi, kami pun sesat-barat! Tak apalah, yang penting kami dapat round-round kota canggih Singapura. Saya memang suka city centrenya, terutama dekat tepi laut. Rasa macam di kayangan kot! Hehe. Lepas tu kami sempat pula lepak kat 'Mustaffa' dan shopping lah sikit-sikit (masa dah tak ada). Jam 9.00 malam barulah tinggalkan kota itu dan pulang ke Jay Bee. Lepas makan kat rumah kakak ipar saya, kami pulang ke hotel. Esoknya kami pulang ke rumah kami di Nilai.
Okeylah, saya dah pernah sentuh tentang hal ini, mungkin dah berkali-kali pun. Tapi tak apalah, biar saya sentuh lagi, mungkin elok kalau kita ingatkan diri kita ini terutama mereka yang berkarya. Bagi sayalah, selagi kita menggelarkan diri kita sebagai orang kreatif dan orang seni, itu bermakna kita mempunyai tanggungjawab dalam segala hal karya yang kita hasilkan. Kita tak boleh main berkarya 'kosong' sahaja sekadar suka-suka atau untuk hiburan semata-mata. Kalau kita menghasilkan buku (termasuklah novel) kita kena pastikan karya kita itu membawa nilai-nilai tertentu yang berguna untuk masyarakat yang membacanya. Begitu juga dengan lagu dan juga filem dan drama. Kita tak boleh hasilkan sesuatu itu sekadar suka-suka dan untuk mencari keuntungan sahaja. Kalau itulah yang ada dalam hati dan jiwa kita, itu bermakna kita merupakan manusia yang tak bertaggungjawab. Serupa macam lelaki yang mempunyai anak dan isteri tetapi tak ambil berat untuk memelihara anak dan isterinya!
Setiap apa yang kita hasilkan sebagai karya (untuk dibaca ke atau untuk didengar atau untuk ditonton) mestilah kena dengan budaya, adat dan agama masyarakat kita. Misalnya kalau kita buat filem, kita tak boleh melihat dari sudut apa yang boleh menghiburkan penonton sahaja, tetapi kita kena juga lihat kepada apa nilainya buat penonton yang menontonnya. Apa pengajaran dan apa ilmu yang mahu kita kongsi bersama penonton kita? Kalau sekadar untuk seronok atau hiburan sahaja, memang mudah kerja kita, tetapi apa akan terjadi nanti kalau generasi kita menjadi mereka yang hanya ikut-ikut sahaja dan tak tahu berfikir apa itu baik dan apa yang tidak? Terutama remaja kita yang hari ini terlalu terikut dengan apa yang dipaparkan oleh pihak media.
Saya bagi contoh lagi, ya. Misalnya kita buat filem yang target group nya orang muda, terutama para remaja. Dalam filem kita itu jalan ceritanya memang ada unsur kelakar dan ada unsur 'romance'. Yang berlakon pula adalah orang-orang Melayu kita dan mempunyai latar belakang Melayunya, tetapi malangnya jalan cerita yang kita paparkan itu seolah-olah orang-orang Melayu sedang hidup macam 'mat salih' di negara Barat. Mungkin memang benar kadang-kadang ada yang begitu cara hidupnya, tetapi sebagai sebuah filem, di manakah unsur 'pengajaran' nya yang mahu kita kongsi dengan para penonton kalau kita biarkan karakter itu hidup 100% macam'mat salih'? Terlalu moden dan 'urban'.
Sekalipun kita berkongsi 'background' yang cantik dan menarik, tetapi tiada nilai 'cantik' dan indah yang dapat kita kongsi dengan remaja kita. Apa yang kita tonjolkan sekadar hiburan 'kosong' yang melihatkan hidup Melayu moden di luar negara. Bagi saya, filem begitu hanya mampu untuk memalukan orang Melayu sendiri. Sekalipun kalau meletup hasil jualan tiketnya, di manakah letaknya tanggungjawab mereka yang menghasilkan karya yang begitu?
Saya rasa terkilan dengan mereka yang berkarya di negara kita ini kerana tidak sensitif dengan budaya dan agama kita. Wallahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)