Assalam
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba sahaja Kak Aina berblogging semula? Lapan bulan menyepi, tiba-tiba menulis lagi!
Iya, lapan bulan tu memang saya terlampau sibuk, tak ada masa nak duduk depan komputer. Sekarang ni masih sibuk, tapi saya cari sedikit masa untuk menulis blog. Orang kata 'gian'... inilah dia. Tapi kalau nak tulis manuskrip, saya memang tak ada masa dan tak dapat nak fokus. Bila tak fokus, mustahil boleh tulis. Saya tak nak buat buku merapu. Saya bukan penulis yang begitu.
Apa-apa pun, saya bahagia dengan hidup baru saya ini. Pagi-pagi lagi dah mengadap pokok di rumah saya di Nilai. Nanti saya akan ke Lenggeng dan mengadap pokok-pokok yang jauh lagi banyak lagi. Saya rasa hidup saya lebih tenang dan lebih sihat. Asthma saya dah pergi jauh-jauh dan harap-harapnya begitulah, insyaa-Allah. Semuanya dengan izin Allah swt, maka saya merasa apa yang sedang saya lalui.
Pokok markisa saya dah besar dan berbuah tak berhenti-henti, alhamdulillah. Terpaksa kami jual sebab pokoknya banyak dan buah pun banyak. Tak lama lagi, insyaa-Allah nenas juga akan berbuah, begitu juga pokok-pokok lain seperti pisang, durian belanda, lemon, kelapa dan lain-lain. Syukur di atas kurnian dan nikmat yang Tuhan berikan.
Semenjak kami membuka rumah kami di Lenggeng, ramai tetamu yang datang. Masing-masing nak tengok suasana yang berbeza di sana. Syukur di atas rezeki yang Allah beri. Walaupun kadang-kadang saya rasa letih, tetapi kerana seronok, terlupa pada letih yang datang. Alhamdulillah.
Paling best sebab kami dapat maklumat bahawa buah markisa atau passion fruit ni, khasiatnya sangat baik dan cemerlang untuk kesihatan dan kecantikan. Vitamin C dan A sangat tinggi dan kaya dengan anti oxidants. Malah buah markisa juga anti kanser. Setiap hari kami minum jus markisa dengan madu. Malah, cucu-cucu kami pun dah mula suka. Mula-mula tu mereka tak berapa suka sangat sebab ada rasa masam, tetapi bila lam-lama minum, rasa sedap dan nikmat yang datang. Kuasa Allah swt, kan.
Kerana banyak sangat buahnya, kami juga buat preserves dan preserves ni boleh makan dengan roti, dengan ais krim, dengan yogurt dan macam-macam lagi. Memang rasanya luar biasa sedap!
Buah markisa yang pelbagai rupa dan warna serta bunganya yang wangi
Jus Markisa