Assalam
Semoga anda semua hidup berbahagia dan jangan lupa akhirat ya.
Hujung minggu lepas kira macam sibuklah juga. Hari Jumaat tu lagi dah sibuk. Kami melepak di KL (favourite place saya di Pavillion) sebab kebetulan cik abang saya ada dinner di MOH. Walaupun Mandarin Oriental tu dekat dengan KLCC, saya tak suka sangat melepak di kawasan Suria tu, lebih suka di kawasan Bukit Bintang. Oklah sebab lama tak melepak di KL, macam banyaklah perubahannya.
Hari Sabtu, macam biasa kami banyak kerja di Lenggeng dan hari Ahad pula, adik saya dan keluarganya datang ke Lenggeng. Dapatlah merasa pisang tanduk kami yang baru berbuah. Memang klasiklah sebab buahnya besar gedabak! Alhamdulillah. Malah, ramai jiran2 saya merasa sama. Kemudiannya waktu tengah hari kami makan di pekan Lenggeng. Siap makan masak lomak ayam kampung, ikan goreng panas2 dan macam-macam lauk kampung yang disediakan. Memang best sangat2! Lepas tu kami disaji degan kuih 'signature' Lenggeng, lepat pisang berinti yang masih panas! Adik saya memang enjoy sangat-sangat. Kebetulan, adik lelaki saya juga akan berpindah ke Lenggeng. Kini sedang bersiap-siap untuk membina rumahnya di tanah seluas satu setengah ekar. Tanah adik saya di tepi jalan besar, tidaklah masuk ke dalam macam kebun kami. Jadi... di Lenggeng, saya akan punyai jiran yang juga merupakan adik-beradik saya. Alhamdulillah Yong oi.
Hari ini, cadangnya saya nak ke Seremban. Ada urusan sedikit.
So, adios and see you all again! Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, October 31, 2016
Friday, October 28, 2016
Loaded Abang Oi Tapi Kedekut!
Assalam
Sedap tak kalau saya jadikan tajuk di atas ni sebagai tajuk novel baru saya?
Mesti anda yang kenal saya akan rasa terkejut. Maklumlah... tak biasa tengok tajuk yang macam ni untuk buku saya kan?
Tapi nak hairan apa kan... apa sahaja tajuk pun boleh jadi, maklumlah rata-rata pembaca hari ini lebih ghairah untuk tengok tajuk buku yang pelik-pelik, baru rasa teruja nak baca, bukan nak ambil kisah tentang apa yang ditulis penulisnya!
Ah, apa-apalah!
Tapi hari ini saya nak sembang-sembang tentang tajuk di atas ni. Biasa tak kita tengok abang dan kakak-kakak di luar sana yang kita tahu mempunyai pendapatan yang lumayan, atau apa yang kita panggil sebagai loaded? Tapi... kita juga tahu, kadang-kadang orang macam ni... sangat berkira-kira hinggakan seringgit dua pun jadi berat buatnya.
Sebagai contoh, Si Minah ni orang di kawasan tempat tinggalnya memang tahu yang dia sangat loaded. Maklumlah, rumahnya besar, kereta pun banyak dan besar-besar. Tapi masya-Allah, beli lemang tak berapa elok rasanya, dia boleh sampai naik angin dan marah-marah, seolah-olah si tukang bakar lemang tu sengaja bagi dia lemang yang tak sedap tu. Dia mengamuk dan minta balik duitnya! Si tukang jual lemang pun pulang balik wangnya, padahal lemang yang kurang elok tu, habis juga dibedalnya! Adoii...
Hah... jangan ingat orang berduit tu tak kedekut. Kadang-kadang lagi kedekut daripada orang lain yang tak berduit. Bukanlah maksud saya kalau kita berduit kita tak perlu berkira, tapi... ya Allah, apa salahnya kalau kita tahu seseorang itu dengan tak sengaja buat kesilapan, takkanlah kita nak menganiayakannya lalu meminta balik duit kita yang seciput tu. Makananlah beb! Kadang-kadang kita masak pun tak berapa nak menjadi. Masinlah, tawarlah... macam-macam lagi.
Tapi bagi sayalah, saya lihat orang yang berkira ni memang jenis macam tu. Kalau masuk kedai makan, segala-galanya mesti sempurna buatnya, tak boleh terkurang di mana-mana!
Hmmm... tapi tak apalah kot... kalau dah memang jenis macam tu, kita nak buat macam mana lagi. Sampai ke liang lahat pun dia tetap akan berkira, walaupun duit lebih dari selori! Sayangnya bila mati nanti, duit tu pastinya tak akan ikut sekali!
Wallahuaklam.
Wassalam.

Wednesday, October 26, 2016
Adil Ke Tidak Ya?
Assalam
Walaupun sibuk, saya tetap rindukan blog ini. Inilah tempat luahan hati saya... hehe...
Ah, saya nak bangkitkan soal yang satu ini. Adil ke tidak ya? Soalan ini adalah khas untuk kaum wanita di negara ini, terutama yang beragama Islam. Terlalu banyak yang merungut di luar sana, namun tak ramai yang berani meluahkan isi hati mereka apatah lagi untuk diketahui oleh pihak umum. Malu. Namun, dalam terasa malu itu, banyak hati yang disakiti dan terluka. Kenapa ya?
Perempuan di negara ini, rata-rata dianggap sebagai 'second class citizen' terutamanya bila dibandingkan dengan lelaki. Rata-rata lelaki diberikan hak yang lebih, konon-konon Allah swt yang berikan hak itu. Kerana 'perasan' yang mereka mempunyai hak istimewa ini, maka bagi mereka 'kaum Hawa' tak punyai hak yang serupa. Betul ke ni? Puas saya cari ayat dalam al Quran yang mengatakan bahawa Allah swt memberi hak lebih pada lelaki. Yang saya jumpa ialah ayat mengatakan bahawa Allah swt itu maha Adil dan semestinya memberi hak yang sama rata pada lelaki dan perempuan dalam mengukur pahala dan dosa. Kalau lelaki buat dosa, mereka tanggung sendiri dan kalau wanita buat dosa, mereka juga tanggung sendiri. Allah swt tak pernah berat sebelah. Masing-masing punyai tanggungjawab sendiri dalam dunia ini, selagi niatnya baik dan hati baik, maka baik jadinya. Tapi kalau niat tak baik, maka tak baiklah jadinya.
Kalau sesiapa pun yang membohong, menipu, membelit... maka hukumnya tetap berdosa dan haram. Jadi... di manakah letaknya hak istimewa lelaki? Boleh menipu? Boleh membelit? Boleh mengabaikan keluarga? Boleh pukul isteri? Boleh tindas isteri? Boleh ambil hak atau harta isteri? Boleh hina isteri?
Yang peliknya di negara ini, rata-rata mereka yang mempunyai kuasa adalah kaum lelaki, maka biasanya juga mereka akan jadi 'bias' pada lelaki, konon-konon lelaki punyai hak istimewa itu dan ini, maka bolehlah buat apa-apa sesuka hati! Nauzubillah min zalik.
Kalau isteri keluar rumah tanpa izin suami dikatakan nusyuz... tapi kalau suaminya mendera isteri, itu apakah agaknya? Apa wajibkah isteri tunggu sekalipun suaminya zalim?
Kalau kita percaya bahawa Allah swt itu maha Adil, janganlah kita percaya bahawa perempuan boleh dizalimi lelaki ikut suka hati.
Kalau kita dizalimi, tiada hal dalam soal 'taat' atau soal 'setia'. Apa perlu taat seorang isteri kalau suaminya zalim? Tidak ada di mana-mana dalam al-Quran yang membenarkan sesiapa jua berlaku zalim pada insan lain. Zalim tetap zalim!
Percayalah, Allah swt itu sangat Adil dan percayalah selagi kita tidak melakukan kesalahan, maka kita punyai hak untuk melindungi diri dan mencari keadilan.

Monday, October 17, 2016
Yang Pasti...
Assalam
Yang pasti, kebelakangan ini saya tak punyai banyak masa untuk bersantai-santai. Malah, terlalu banyak kerja yang perlu saya langsaikan. Kadang-kadang, terasa rindu juga. Rindu untuk menulis manuskrip. Kalau boleh, nak sahaja saya sambungkan cerita yang sudah saya tulis separuh jalan, tapi tak banyak masa yang ada yang mampu untuk saya luangkan. Tunggu dulu.
Yang pasti juga, saya bersyukur kerana Allah swt masih memberi umur dan tenaga untuk melakukan sesuatu. Sesuatu yang dekat dengan hati. Betapa hebatnya Allah ini, kerana sekalipun hanya berbisik di hati kecil, namun Allah tetap mendengarnya. Allahuakbar!
Mesti ada yang ingin tahu tentang pengembaraan kami ke negara Uzbekistan, kan?
Yang pasti... negara itu mempunyai keindahan yang menakjubkan, bukan hanya alam sekitarnya, tetapi bangunan tinggalan sejarahnya. Payah nak jumpa di tempat lain. Nasihat saya, kalau anda mempunyai kemudahan, pergilah ke negara itu dan lihatlah dengan mata anda sendiri.
Banyak sungguh ceritanya namun saya tak punyai kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua.
Buat masa ini, saya akan terus menyibukkan diri dengan hal-hal yang masih tak selesai lagi.
Semoga hidup dan mati kita dirahmati Allah swt. Aamiin.

Monday, October 10, 2016
Dah Balik Dah Dari Uzbekistan
Assalam
Ya saya dah pun kembali dari bercuti di Uzbekistan. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat Allah swt kerana memberi peluang buat kami (saya, suami, anak perempuan dan cucu) untuk melihat sebuah negara yang penuh dengan tinggalan sejarah Islam. Sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita pergi ke negara Uzbekistan (sekiranya mampu) untuk melihat sesuatu yang paling menarik, serta menimba ilmu dan melalui pengalaman yang tak mungkin kita dapat lupakan.
Semoga Allah swt memberi kemudahan kepada kita, insyaa-Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)