Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 26, 2015

'Strong Character' atau 'Be Yourself'?

Assalam

Banyak orang kata, 'Be yourself' lah... itu kan diri kita sendiri? Tetapi, mungkin 'be yourself' sedang membendung satu karakter atau perwatakan yang lemah atau lembik! Suka terpengaruh dengan cakap orang, senang kena kelentong, tak bijak berfikir, tak pandai buat keputusan, mungkin juga sangat mudah terpengaruh atau terperangkap dengan 'kata-kata yang mencairkan hati.'. Banyak orang yang begitu, bermakna walaupun mungkin itulah karakter asalnya, namun karakter itu mudah mengundang malang!

Bila orang luar dapat melihat kepada kelemahan perwatakan kita, mereka sering ambil peluang!

Banyak juga orang yang lemah perwatakannya, memilih untuk mencari pasangan yang 'strong character', kerana mungkin dia sedar akan kelemahannya. Kalau terus-terusan terpengaruh dengan 'be yourself', kemungkinan besar akan selalu 'terkantoi'!

Biasanya juga, orang yang mempunyai 'strong character' tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata sekalipun kata-kata yang mencairkan hati. Sebelum buat keputusan, mereka akan berfikir dulu sekalipun banyak benda yang mampu mempengaruhi fikiran mereka. Orang yang 'strong character', mereka tidak takut dengan 'threats' atau 'ugutan'.

Jadi memang payah nak belit atau nak kelentong orang yang perwatakannya kuat.

Kadang-kadang, ada orang 'curious'. Sifat ingin tahu itu kalau tak betul gaya, mampu memperangkapnya dalam situasi yang dia sebenarnya tidak suka. Malangnya, orang yang punyai watak lemah sangat mudah mengambil langkah yang silap.

Strong character pula, walaupun mempunyai daya kreatif yang lebih dan juga 'semangat ingin tahu' yang luas, namun mereka tidak mudah terperangkap dalam keputusan yang salah. Orang yang mempunyai 'watak kuat' biasanya akan mengambil masa untuk berfikir, tidak mudah 'tergoda'!

Dalam erti kata yang lain, kita mudah melihat pada karakter-karakter manusia, sama ada watak mereka itu kuat atau lemah. Kalau punyai karakter lemah, memang bahaya kalau kita amalkan semangat 'be yourself', kerana tanpa berjaga-jaga, manusia yang punyai watak yang lemah akan selalu terbelit dan membuat keputusan yang salah. Akan ada yang mengambil kesempatan!

Cuba anda duduk dan fikirkan hal ini. Bukan maknanya bila badan tegap, suara kuat, orang begini mempunyai watak yang kuat, kadang-kadang banyak yang kelihatan hebat sebenarnya mereka mempunyai watak yang lemah! Perwatakan adalah terdiri daripada diri kita dan melibatkan keputusan yang kita ambil. Jadi... cemerlangkanlah hidup kita melalui pembinaan watak yang lebih kukuh. In syaa Allah, kalau kita dekatkan diri dengan Allah swt dan banyak berdoa, kita mampu menjadi manusia yang 'tidak lemah' wataknya.

Wassalam


                                                                         sekadar hiasan