Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, April 11, 2009

Jumpa di Pesta Buku

Ramai yang ternanti-nanti musim Pesta Buku yang biasanya akan berlangsung di PWTC. Namun bagi saya, mungkin pihak penganjur harus fikirkan tempat lain yang lebih sesuai untuk menganjurkan program ini. Kita perlukan tapak yang lebih sesuai, terutama dari segi saiznya. Setiap tahun, makin banyak pihak yang ingin turut serta dalam program ini dan semakin kurang tempat yang boleh disediakan. Kerana itu juga, banyak pihak yang tidak puas hati dengan ruang yang diperuntukkan. Ada juga yang tarik diri apabila tahu yang ruang yang disediakan untuk mereka terlalu jauh atau terpencil. Malah, pihak KarnaDya juga tidak puas hati dengan tempat yang kami dapat kali ini, tetapi tak apalah... mungkin ada hikmahnya. Apa pun, kami ingin menunjukkan semangat 'sokongan' dan akan terus mengambil bahagian seperti biasa. Biar sekalipun tempat yang kami dapat kali ini tidak hebat!
Tahun ini, saya tidak bercadang untuk berada di booth sepanjang sepuluh hari pesta itu berlangsung. Saya akan berada di sana pada hujung minggu sahaja. Dari hari Jumaat sampai Ahad. Saya akan berada pada hari Isnin (20 April) di sebelah petang untuk menghadiri majlis pelancaran 'Novel Chick-Lit' satu 'joint-venture' bersama pihak Harlequin Mills & Boon, Australia dan juga pelancaran Buku-buku Mewah KarnaDya, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saya ternanti-nanti untuk berjumpa dengan pembaca-pembaca saya semua. Insya-Allah, panjang umur kita akan berjumpa.