Saya baru sahaja pulang dari Jay Bee (ada kenduri kahwin), jadi malam ini baru berpeluang untuk buka blog. Teringat pula kisah di Bangkok yang tak sempat saya cerita sebelum ini. Dalam banyak benda-benda yang positif, tentulah ada juga yang kurang enaknya. Salah satu ialah tentang 'con-artist' yang terdapat di merata-rata tempat, hanya menunggu mangsanya. 'Si Penipu' cuba cari jalan untuk mengarahkan kita yang mudah ditipu supaya berkunjung di kedai-kedai mewah. Kalau kita ke kedai mewah, mereka akan mendapat komisyen yang 'baik-baik'. Ah, tak apalah jugak, kira mereka ini tak adalah menipu kita teruk-teruk, setakat kelentong sikit-sikit aje. Biasalah... kalau di tempat kita pun tak ada kurangnya. Cuma mereka ini tahu yang kita adalah pelancong...
Lagi satu tentang Bangkok... kita agak keliru juga nak bezakan antara perempuan tulen dengan yang bukan. Berkali-kali kami tertipu... tapi, biasalah tu. Seronok juga apabila melihat perempuan cantik lalu di depan kami. Kami cuba meneka sama ada yang lalu itu adalah yang tulen ataupun bukan! Selalunya... yang cantik giler tu... yang tulah yang bukan asli!