Assalam semua.
Dalam hidup ni, kadang-kadang kita jadi teruja konon-konon nak cari perubahan. Mungkin kerana kita fedup dengan apa yang kita lalui, atau mungkin saja-saja kita nak cuba sesuatu yang baru, atau mungkin juga kita terikut-ikut dengan orang lain, nak trendy sangat! Macam tak kena kalau tak mencari perubahan atau buat apa yang orang lain suka atau suruh buat!
Masalahnya, bila kita dah buat dan ikut trend yang ada tu... rupa-rupanya kita akan jadi menyesal! Barulah kita sedar yang kita dah buat silap. Apa yang kita ada itu jauh lagi baik daripada apa yang kita cuba ubah. Yang baru tak semestinya hebat! Cuma kadang-kadang kita terlampau ralit hinggakan apa yang hebat pada apa yang kita ada itu, kita tak nampak atau buat-buat tak nampak. Subhanallah.
Bagi sayalah... apa sekalipun yang kita nak ubah tu, eloklah kita fikir panjang-panjang. Jangan buat keputusan mengikut emosi sebab takut akhirnya nanti kita yang rugi.
Ini termasuk juga hal-hal politik dan macam-macam dalam hidup kita ni.
Jangan cepat ikut cakap orang, yang terbaik biarlah kita guna akal fikiran, jangan sampai apa yang kita kendong itu keciciran kerana sifat tamak haloba yang ada pada diri! Astaghfirullah.
Buat apa sekalipun dalam dunia ini, kita dulukanlah agama. Biar kita buat kerana Allah, termasuklah bersabar dengan segala kelemahan dan kerenah, jangan sampai akhirnya nanti kita terperangkap. Kalau mampu keluar tak apa lagi. Takut terus terjerumus dalam lubang kegelapan hinggakan tak mampu untuk bernafas lagi.
Lihatlah di sekeliling kita, lihatlah dunia di mana kejahatan menjadi fokus, maka negara-negara berkenaan akan menjadi negara yang zalim pada rakyat sendiri. Bukan sekadar zalim sikit-sikit, tetapi zalim sezalimnya. Apabila kita bersekongkol dengan sesuatu yang tidak percaya pada Islam, semestinya segalanya nanti tidak akan ada dalam semangat Islamnya. Sekalipun mungkin ada khilaf dan kesalahan, masih lagi kita mampu untuk perbetulkan, jauh lagi baik daripada berubah angin memanggil ribut taufan melanda hidup kita ini. Bila sudah dipukul angin kencang semestinya tak mampu kita untuk bertahan!
Fikirlah masak-masak dah hilangkan semangat yang dibelit dek emosi yang akan menjadi jerat kepada masa depan kita dan anak cucu kita nanti.
Lihatlah pada Andalusia. Bila jatuh kerajaan Islam Sepanyol ke tangan kafir, maka hancurlah rakyat Islam Andalusia ketika itu. Nauzubillah min zalik.
Semoga kita kuatkan iman dan mencari jalan serta alternatif yang terbaik, agar kita dapat teruskan perjuangan sebagai Muslim tegar. Aamiin ya Rabbal alamin.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, November 23, 2016
Wednesday, November 16, 2016
COSMO DR - Macam Tak Percaya!
Assalam semua
Sajalah nak share sesuatu yang saya rasa sangat baik untuk kita semua. Walaupun mungkin ada yang tak percaya atau waswas dengan apa yang saya nak ceritakan ni. Tapi cubalah baca dan dengar cerita saya ni.
Sekitar sebelas hari yang lepas, kawan baik saya mengajak saya untuk ke USJ. Katanya, "Jom I bawak you try something. I nak explain kat you I tak pandai sangat. Tapi benda ni memang baik untuk kesihatan." Saya pun teruja untuk pergi dengan kawan saya tu. Saya tak banyak soal kerana saya percaya pada kawan saya. Dia memang bukan kaki membelit atau membuang masa. Katanya pada saya, "You try dan mestinya tak rugi apa-apa sebab benda ni pun free."
Pada hari Isnin itu, sekitar sebelas hari yang lepas, saya pun pergi dengannya ke USJ 11. Di sana kami telah ke sebuah deretan kedai-kedai dan salah satu daripada kedai itu ialah tempat 'rawatan' atau 'rawatan terapi'. Kami menunggu giliran kerana memang ramai orang yang menunggu untuk dapatkan terapi berkenaan. Bila sampai giliran kami, kami pun ambil tempat. Hanya duduk sahaja di sebuah kerusi biasa dan pada kerusi itu ada diletak sejenis pelapik yang disambung kepada machine untuk menyalurkan 'electrone'. Sebaik sahaja duduk, kami dirawat oleh machine itu. Ada seorang pembantu yang memberi penerangan tentang rawatan berkenaan. Pembantu itu bernama 'Jef' seorang pemuda berketurunan Bengali. Jef sangat friendly dan penerangannya sangat menarik minat kami yang berada di situ.
Ada yang sudah mendapat rawatan melebihi enam bulan, ada yang 40 kali dan macam-macam lagi. Yang penting, semua mengaku bahawa rawatan terapi itu sangat membantu. Tak kisah sakit apa pun atau tak sakit sekalipun, tak kisah umur atau jantina, semua boleh mendapat terapi itu. COSMO DR merupakan satu kaedah alat perubatan yang berasal dari negara Jepun dan melalui alat ini, darah kita akan mendapat circulation yang sepatutnya melalui getaran elektron yang memasuki seluruh badan kita.
Buat masa ini, COSMO DR sedang dalam proses promosi kepada rakyat Malaysia. Saya melihat pelbagai testimoni yang diakui oleh pelanggan-pelanggan yang datang. Ada yang dah turun 'darah tingginya', ada yang dah elok penyakit diabetes nya, ada yang dapat melihat dengan jelas setelah mengalami penyakit mata yang kronik, ada yang dah baik penyakit resdungnya, penyakit kulit dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah, sejak hari itu, saya terus ke COSMO DR. Bukan hanya saya, tetapi suami saya, anak-anak, adik saya dan ramai lagi ahli keluarga dan teman-teman. Syukur alhamdulillah, resdung saya dah banyak surut. Sakit lutut pun hampir hilang. Malah, saya dah mampu baca surat khabar tanpa pakai cermin mata. Sakit-sakit sendi juga dah banyak surut. Walaupun saya tak mempunyai sebarang penyakit serius, namun kini saya berasa ringan dan lega, seolah-olah tubuh badan saya mendapat 'charge batteri' yang baru.
Saya ajak anda semua untuk mencuba. Kalau tak cuba maka tak akan tahu. Anda tak payah bayar apa-apa pun, sekadar berusaha datang ke tempat itu dan duduk di atas kerusinya setiap hari. Memang rasa macam tak percaya, tapi saya melihat ada yang kena strok dan dah pulih pun! Semuanya atas kehendak Allah swt, kita sebagai manusia sekadar berusaha untuk mendapat kesihatan yang terbaik, insyaa-Allah.

Wednesday, November 09, 2016
Ada Aku Peduli?
Assalam
Ya betul... ramai yang beremosi konon-konon sebab Hillary Clinton kalah dan tak dapat jadi presiden di negara gah seperti Amerika Syarikat tu. Yang menang pulak ialah Pak Lawak atau 'Clown' yang diberi nama Donald Trump. Hah! Apa aku peduli siapa yang menang? Sama sahaja perangainya, masing-masing rasa hebat macam tuhan! Mereka semua terlupa bahawa bila jadi presiden Amerika bukan bermakna dunia ini mereka yang punya!
Masing-masing ada tujuan dan kepentingan, dan rata-rata mereka semua anti orang Islam! Tengoklah negara Islam hari ini, rata-rata semuanya porak puranda akibat perbuatan Barat seperti Israel dan Amerika. Malah, Congress Amerika dipenuhi dan ditakluki oleh mereka yang berketurunan Yahudi. Jadi... apa aku peduli siapa yang menang!
Lantaklah kalau Amerika akan dipimpin oleh si Bahlul Donald Trump. Lagilah baik, biar Amerika cepat-cepat lingkup! Selama ini pun, belum ada presiden Amerika yang ambil berat tentang dunia lain. Yang mereka tahu hanyalah untuk kaut keuntungan. Biar mati manusia bertimbun-timbun mereka tak pernah peduli pun. Buat apa kita nak kisahkan siapa yang menang di sana? Biar yang hitam, biar yang putih, biar lelaki atau perempuan, mereka tetap sama. Tak akan pedulikan orang lain kecuali bangsa keturunan mereka!
Biarlah mereka dengan presiden baru mereka itu, semoga cepatlah jahanam negara itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)