Assalam
Hari ini juga agak sibuk. Anak perempuan saya baru tiba dari Beijing dan saya pula ada urusan pada lewat petang ini. Saya juga kesibukan dengan urusan 'exhibition' yang akan berlangsung minggu depan. Banyak perkara yang perlu diuruskan.
Apa-apa pun, saya nak berbicara tentang sesuatu yang saya lihat atau tonton semalam. Program itu dinamakan 'Syed dan Najwa' iaitu satu program bual bicara antara hos popular Malaysia Syed Munawar dan Sharifah Najwa Shihab seorang hos popular dari Indonesia yang juga merupakan hos program 'Mata Najwa' di TV Indonesia. Program bual bicara ini sangat menarik dan saya kagum melihat sesuatu yang unik, pantas dan sangat lancar, tidak tersekat-sekat. Malah, perkara yang sangat seronok saya lihat ialah kerana Najwa, hos Indonesia itu sangat bijak berkata-kata, cantik pula orangnya. Siapa tak tengok program ini yang ditayangkan di RTM 1 jam 9.00 malam, memang rugi! Tapi boleh saja tengok di YouTube.
Kalaulah ramai lagi hos TV kita yang bijak berbicara seperti Najwa, pasti kita akan seronok menonton banyak lagi program bual bicara. Jom tengok
http://www.youtube.com/watch?v=06CiI8aK1hw
Saya harap lebih banyak lagi program begini ditayangkan di TV-TV kita di Malaysia.
Syabas pada Syed Munawar kerana berjaya menjadi hos yang pintar untuk program bual bicara malam tadi.
Wassalam.
Najwa Shihab
.jpg)
