Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 04, 2012

Adik Nikah Abang Sendiri

             Gambar ini tiada kaitan dengan cerita

Salam pagi Jumaat

Alhamdulillah, saya masih okey lagi walaupun alahan yang ada pada saya ni kadang-kadang macam tak nak pergi-pergi. Masih ada lagi gatal-gatalnya. Tapi tak apalah... Tuhan bagi sedikit kesakitan dan tidak keselesaan.

Saya bersyukur sangat-sangat kerana pembaca-pembaca saya tidak pernah lupakan saya walaupun kalau nak dikirakan, tahun lepas saya kurang produktif. Namun... mereka semua ada bersama saya dan seronok melihat novel baru saya 'Pukul 3.00 Pagi'. Harap-harap semua yang dah dapatkannya berpuas hati dengan novel saya ini, insya-Allah.

Sempat seorang pembaca bercerita pada saya tentang kisah seorang temannya yang 'terkahwin' dengan abang kandungnya sendiri. Ini berlaku kerana kedua-duanya telah diambil oleh keluarga berlainan sebagai anak angkat (setelah ibu dan ayah mereka berpisah) dan salah seorang daripada mereka sudah ditukarkan nama 'bin' nya. Selepas menikah seminggu dan sudah pun bersama dan semasa majlis 'menyambut menantu' di rumah keluarga 'suaminya', ayah kandung mereka hadir dan ketika itulah mereka sedar bahawa mereka adalah adik-beradik. Teman pembaca saya terkejut teramat sangat lalu kecewa dan menjadi murung. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital mental dan meninggal dunia.

Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua kerana ramai yang bertanya dengan saya, "Mana Kak Aina dapat idea untuk buat cerita?" Inilah jawapannya. Saya dapat daripada orang-orang di sekeliling saya, orang yang sayang pada saya dan juga cerita yang saya dengar setiap hari. Malah, sebagai orang yang 'matang', insya-Allah banyak pengalaman yang saya lalui.

Kepada yang belum datang ke Pesta Buku, jomlah bersama-sama kami!

Wassalam