Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, December 14, 2015

Aduhai Ahli Politik...

Assalam

Ya memang benar, saya tak faham dengan stail orang-orang politik. Mungkin masing-masing mempunyai semangat mengampu terlalu tinggi. Jadi... buat apa-apa sahaja yang patut untuk mengampu rakyat, konon-konon bagus! Namun sebenarnya, banyak ketika dan banyak masa, orang politik mengajar rakyat terutama orang Melayu untuk jadi bertambah malas!

Sikit-sikit bagi cuti sebagai umpan, harap-harap nanti undilah parti dia. Semuanya sama saja, hinggakan negara kerugian pun tak apa. Rakyat memanglah seronok kalau bagi cuti, tapi siapa yang rugi? Negara memang rugi, dan bila negara rugi, akhirnya nanti rakyat juga yang jadi mangsa!

Takkanlah menang bola lawan Kedah pun nak dapat cuti? Kalau lawan Brazil ke, Argentina  ke... bolehlah kita rasa patut dan bangga, ini sekadar lawan Kedah aje! Tak ada alasan yang baik, sepatutnya Menteri Besar berfikir dulu. Kalau beginilah keadaannya, memang teruklah kita ni. Main bola sesama sendiri pun kena dapat cuti.

Kenapa ahli politik tak fikirkan tentang syarikat kecil-kecilan yang baru nak bernafas. Kerajaan nak cuti memang okey sajalah... kerajaan kan banyak duit? Tapi syarikat kecil ni... kalau asyik tutup dan cuti saja, lingkuplah! Bila syarikat lingkup, siapa yang rugi? Bukan hanya negara, tetapi rakyat. Ramai yang hilang kerja!

Sepatutnya ahli politik kena fikir yang terbaik untuk rakyat. Biarlah kita ajar rakyat Malaysia jadi rakyat yang rajin, yang suka berusaha untuk tingkatkan produktiviti, bukan ajar mereka supaya jadi malas dan manja!

Serius saya rasa ahli politik sekarang ini terlalu melampau cuba buat benda-benda mengampu tak bertempat. Misalnya bagi umpan supaya rakyat suka, tapi naikkkan segala harga barang-barang termasuk elektrik, air dan juga public transport. Memang tak bijak!

Hari ini, inilah yang saya nampak, ahli-ahli politik semakin lama semakin sengal! Tak bijak untuk menguruskan negara.

Maaflah kalau ada yang terasa. Tapi saya memang meluat dengan cara yang merosakkan perangai manusia ni. Sememangnya ramai manusia yang malas, tapi kalau kita ajar supaya jadi bertambah malas, memang habislah!

Wassalam.

                                                             Patut cuti ke?