Semalam merupakan hari yang agak aktif buat saya. Mula-mula tu, kami pergi ke majlis perkahwinan anak kepada sepupu suami saya. Jalan raya jam giler kat Jalan Kuching... merangkak-rangkak nak sampai tu. Sampai di situ, saya teruja kerana berjumpa dengan kawan lama yang juga merupakan jiran kampung saya di Kuala Kangsar. Baru sahaja connected dengan dia kat FB, tak sangka nak jumpa kat situ pulak. Lepas tu, saya ke Top Hat, untuk hadiri majlis perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah kami (GEGS atau SRPK) di Kuala Kangsar dulu. Ada teman-teman adik saya yang pulang dari Germany, Australia, England dan Indonesia untuk majlis itu. Paling best, ada lima orang cikgu sekolah kami yang join sama. Cikgu Askiah yang sangat lanjut usianya tetap hadir juga... ya Allah, seronoknya kami. Ada di antara cik-cikgu kami tu, tak banyak berubah pun. Misalnya Cikgu Biology kami, Miss Rani Mutiah dari dulu sampai sekarang masih sama saja. Huhu... anak-anak muridnya kalah maa...
Apa pun, kami seronok dapat melepak dan bersembang. Ada tu dah berpuluh-puluh tahun tak berjumpa. Misalnya kawan kelas adik saya (saya dan adik beza umur tak sampai setahun pun) yang tinggal di Indonesia memang tak pernah jumpa kawan-kawan semenjak keluar dari sekolah. Dia berkahwin dengan orang Indonesia dan bercakap pun dah tak cakap macam orang Malaysia lagi.
Memang 'we all had a great time'. Going down the memory lane... menyeronokkan. Alhamdulillah, banyak juga junior saya yang hadir sama. Batch saya yang tak ramai sangat. Tapi yang penting... kami dapat berjumpa. Saya dimaklumkan, ada tiga orang classmate saya masa tingkatan enam dulu yang dah pun temu ajal mereka. Al-Fatihah buat Narimah, Izat dan Salleh.
Pesan saya pada anda semua, hargailah kawan-kawan yang pernah suatu ketika dahulu membesar, bermain-main dengan anda semua. Suatu hari nanti, kita akan terkenangkan masa lama kita dulu.
Wassalam.
PS. Gambar saya dan teman sekolah.
Dengan Miss Mutiah
Dengan Mrs. Saw - cik gu masa sekolah primary
Dengan Mrs. Tan - cikgu ajar masak
Mrs. Tan, Miss Mutiah, Cik Gu Norela dan kami
Miss Rani Mutiah - Cikgu Biologi (tak berubah)
Saya dan kawan-kawan satu batch
Saya dengan kawan-kawan sekolah dengan buku khas untuk mendiang guru besar kami
Kawan-kawan sekolah yang bertema 70s
Cikgu-cikgu kami.










