Assalam
Awal petang tadi, kami mendapat berita sedih dari seberang. Sepupu kami Yasmin baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al Fatihah buat roh Yasmin yang meninggal dunia di Bandung, Indonesia akibat penyakit barah. Semoga Allah swt mengampuni segala dosanya dan tempatkanlah rohnya bersama mereka yang beriman.
Yasmin muda beberapa tahun daripada saya dan saya sempat melawatnya beberapa kali ketika ke Bandung tahun lepas. Ketika itu lagi kami sudah tahu yang Yasmin sedang sakit namun kami semua berdoa agar penyakitnya pulih. Tetapi Allah swt jauh lagi menyayanginya dan tidak mahu Yasmin menderita lagi. Allahuakbar.
Yasmin dan Lula adalah sepupu kami, anak daripada Allahyarham ibu saudara saya yang bernama Amnah. Amnah adalah salah seorang adik perempuan arwah ayah saya. Saya sangat rapat dengan sepupu-sepupu saya di Indonesia dan kedua-dua nama Yasmin dan Lula saya pinjam untuk karakter dalam novel pertama saya 'Sesuci Cinta.'
Semoga roh Yasmin aman di alam Barzakh.
Wassalam.
Yasmin bertudung hitam dan Lula bertudung cerah.
(gambar ini diambil pada bulan March 2015)
