Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, August 03, 2014

Boikot Barangan Israel!

Assalam

Alhamdulillah kami sempat pergi ke Dataran Merdeka semalam untuk luahkan perasaan simpati pada rakyat Palestine yang berada di Gaza. Walaupun tak banyak mana yang dapat kita lakukan untuk tolong mereka, namun Allah SWT tahu apa yang ada di hati kita, insyaa-Allah.

Apa pun, saya berasa bangga kerana sambutan yang diberikan untuk tunjuk sokongan rakyat Malaysia kepada Gaza sangat hebat! Memang ramai yang hadir. Mungkin jauh lagi hebat dari concert penyanyi-penyanyi hebat, walaupun kebetulan ada beberapa orang selebriti yang turut hadir untuk berikan sokongan mereka. Mereka di situ bukan menyanyi atau menghiburkan, sekadar memberi sokongan sahaja. Penyanyi Datuk Hattan, Faizal Tahir, Ella, Betty Benafe, Heliza dan Afdlin Shauki berada di situ untuk bersama-sama rakyat Malaysia untuk tunjukkan perasaan sokongan kita untuk membantah kezaliman puak Israel Zionist terhadap rakyat Gaza! kami juga membantah sikap Amerika yang tidak berperi kemanusiaan.

Alhamdulillah, kami pergi beramai-ramai. Tiga belas orang ahli keluarga kami pergi ke Dataran Merdeka untuk tunjukkan sokongan kami. Malah, ada beberapa orang pembaca saya juga turut ke sana untuk memberi sokongan kepada Gaza. Alhamdulillah.

Semoga kita sama-sama lakukan apa sahaja yang mampu untuk membantu mereka di Gaza. Selain dari doa dan sumbangan wang ringgit, satu perkara penting yang kita mampu lakukan ialah untuk boikot semua barangan Israel dan yang bersekutu dengan mereka. Elakkan dari membeli barang-barang dan makanan puak Israel kerana wang pembelian inilah mereka membeli senjata dan peluru untuk membunuh rakyat palestine!. Jom kita boikot!

Jangan lupa, kita semua bertanggungjawab untuk membantu penduduk Gaza. Jangan pula nanti kita akan dipersoalkan bila akhirat nanti kerana tak mampu untuk buat apa-apa untuk rakyat Gaza yang sedang dizalimi!

Allahuakbar!

PS:

Jangan lupa untuk tengok video di bawah tu. Cucu saya Firas sedang memberi sokongan kepada Gaza!