Assalam
Semoga anda berbahagia hendaknya.
Bagi saya, alhamdulillah selagi Allah berikan umur dan detik untuk hidup, insyaa-Allah akan saya hargai dan bersyukur. Semoga selamat dunia akhirat.
Ya sungguh ni... saya banyak menghabiskan masa dengan tanaman saya, tak kiralah pokok buah atau herba atau bunga-bungaan. Bagi saya bertani itu ada keindahannya yang tersendiri. Kata orang putih, "To nurture a garden is to feed not just on the body, but the soul." Maknanya saya sedang nikmati segala kurniaan Ilahi dalam bercucuk tanam, tidak hanya untuk kesihatan zahir tetapi untuk jiwa saya jua. Hanya Allah yang tahu apa nilainya bertani ini.
Okeylah, nak berbual tentang hal drama 'Setulus Janji' pula. Pembaca saya setakat ini sangat suka pada drama yang ditontoni mereka. Mereka dah tahu jalan cerita dan sedang nikmati apa yang mereka dah tahu. Pun begitu, ada juga penonton yang menonton drama SJ ini tetapi tak pernah baca novelnya mula marah-marah terutama dengan Insyirah, iaitu watak utama. Kata mereka, Insyirah ni jenis tak setia pada kekasihnya. Dah tu bila berkahwin dengan Ilham pula, dia tak patuh pada suami. Bila tahu yang suaminya sebenarnya buat 'set up' untuk berkahwin dengannya, sepatutnya Insyirah janganlah berdendam pada suaminya. Terima ajelah. Kan dia isteri?
Hahaha... ada orang bagi tahu tentang komen yang sebegitu kepada saya. Mereka ada terbaca di blog-blog atau FB tertentu. Mungkin juga instagram. Malah, pelakon utama yang membawa watak Insyirah iaitu Fida Ibrahim juga berkata begitu kepada saya kerana ada penonton yang marah-marah padanya.
Hehe... saya nak tergelaklah juga. Satu, baguslah kerana ramai yang nak tonton drama itu dan mula terasa. Dua... elok kalau baca novel dulu, jadi taklah nak marah sangat kerana tahu jalan cerita. Tiga... eh, siapa cakap yang isteri tak boleh tunjuk marah? Kalau kahwin dengan monyet ke atau kahwin dengan musang, bolehlah kot. Tapi kalau kahwin dengan manusia yang berupa perempuan, pasti ada perasaan. Mustahil jadi manusia hati dan jiwa kita jadi kaku macam kayu. Mesti ada yang terasa dan seperti biasa, memang ada manusia yang mudah merajuk dan rasa sakit hati. Tak payahlah kita nak jadi Tuhan pulak, konon-konon macam baik sangat, tak pernah buat salah kot. Mungkin lagi baik daripada mereka yang sanggup curang dan ada 'kekasih gelap' atau mereka yang sanggup 'berzina'. Itu... memang tak patut!
Yang komen itu tak kenal dengan penulisnya. Kalau kenal, mungkin tak komen begitu kot. Saya memang jenis tak suka dengan 'perempuan curang'! Lelaki curang pun saya tak suka. Saya tak suka dengan 'pembohongan' kerana membohong itu adalah 'dosa'.
Okeylah... saya tak kisah pun orang nak kata apa, katalah... itu menunjukkan yang mereka sedang enjoy tengok dramanya. Mungkin mereka juga tak tahu ini merupakan salah satu novel saya yang terjual dalam jumlah ratusan ribu. Maknanya, memang banyak yang suka dan kalau kenal saya, saya juga tak suka tulis apa-apa yang membawa kepada hal-hal negatif!
Wassalam.
Romantiknya tempat ni, kan?
