Aku sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itulah aku cuba berbakti, semoga aku dirahmati dan diberkati... Tuhanku... berilah aku hidayah untuk berbicara dari sudut hati dan pandangan mata...
Saturday, February 04, 2012
Dia Kata, Akulah Satu-Satunya...
Salam
Pagi Sabtu yang dingin lagi romantis... huhu, bukan nak tulis manuskrip, tapi saja nak bercerita tentang kehidupan kita sehari-hari. Orang perempuan di Malaysia ni suka tengok drama, tak kiralah drama apa pun, termasuk drama Jepun, Taiwan dan Korea. Suka juga baca novel, tapi baca novel Melayulah. Ada jugak yang baca novel Inggeris jugak, tak kisahlah. Bahasa Korea semua tu tak adalah kot, sebab tak boleh nak baca pun. Tetapi... kadang-kadang tak payah tengok drama atau baca novel, sebab hidup kita seharian pun macam episod-episod dalam drama dan bab-bab dalam novel. Inilah yang diceritakan seorang teman.
"Dia kata, sayalah satu-satunya cinta hati dia. Saya pun percayalah. Saya jatuh cinta, saya termakan semua kata-katanya yang berbunga. Saya tahu dia dah ada isteri, tapi dia kata dia tak bahagia. Saya juga dah biasa dengar alasan macam tu daripada lelaki. Bila nak pikat perempuan lain, itulah ayatnya. Tak bahagia dengan isteri pertama. Jadi saya pun terbeli semua yang dia jual tu. Lepas tu, kerana sayang, saya pun keluarkanlah apa-apa saja yang dia minta. Maklumlah, bukankah sayalah satu-satunya yang dia sayang? Saya memang percaya. Percaya giler!"
Satu hari, dia menghilang. Mereka (teman saya dan lelaki itu) dah pun bernikah secara senyap-senyap. Teman saya sibuklah mencari. Tahu-tahu dia ke negara seberang. Katanya ada hal (bisnes). Teman saya pun tunggulah. Masa tu, semua wang ringgit teman saya dah banyak hilang. Malah, dia sedang makan hati dan juga merindui lelaki yang mengaku bahawa dialah satu-satunya itu!
Akhirnya dia dapat tahu bahawa lelaki itu sudah pun pasang lagi satu (wanita Seberang) yang cantik-menarik. Siap dah dapat baby lagi. Teman saya ni dah jadi sakit hati. Mujurlah tak ada anak lagi. Tapi... ya Tuhan macam nak mati lah dia. Tak sanggup menanggung perasaan putus cinta dan kena tipu tu!
Aduhai, saya memang kesianlah... tapi nak buat macam mana lagi? Terpaksa tanggunglah... dan buat keputusan dengan cepat. Jangan biarkan diri terus-terusan jadi mangsa.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)