Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 10, 2013

Mengundi Masa Pesta Buku.



Assalam

Apa nak buat, kan... hari mengundi jatuh pada hari terakhir pesta buku iaitu pada 5 haribulan Mei 2013. Adoiii... mesti ramai juga yang terkantoi ni... maklumlah pada hari terakhir pesta buku, mesti ramai yang terpaksa balik kampung kerana mengundi di kampung. Mungkin hari Sabtu lagi dah kena balik kampung...

Nak buat macam mana, kan? Inilah yang dinamakan rezeki. Ada rezeki, adalah, kalau tak ada pun, mungkin ada di lain waktu dan dengan cara yang berlainan. Allah SWT maha kaya dan maha pemurah. Kita hanya boleh berdoa sahaja. Kebetulan juga, banyak juga majlis perkahwinan yang 'clash' dengan tarikh mengundi. Apa pun, jomlah kita mengundi. Jadilah rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya. Jangan pulak buat tak tahu dan memilih untuk tidak mengundi. Rugi tu. Sejak saya 21 tahun, saya dah mula mengundi, sampailah sekarang. Saya miss sekali sahaja (mungkin dua kali kot), sebab saya berada di luar negara ketika itu. Nak buat macam mana, kan?

Sebagai rakyat Malaysia, kitalah yang menentukan hala tuju negara kita ini. Kalau kita memilih untuk tidak mengundi, itu bermakna yang kita tak ambil peduli. Tak betul tu. Dalam pada itu, kita juga kena fikirkan baik-baik, jangan main dengar cakap orang lain. Jangan tersilap langkah. Kadang-kadang kerana dengar sangat cakap orang, kita akan terjun seperti si luncai dengan labu-labunya!

Selama ini, saya tak pernah taksub dengan mana-mana parti politik. Setiap kali mengundi, saya akan fikirkan masa depan negara dan juga anak cucu kita. Jangan terikut-ikut sangat hinggakan satu hari nanti kita berputih mata!

Okeylah, bukan niat saya untuk berpihak pada siapa-siapa, cuma pinta saya agar kita semua fikirkan yang terbaik untuk anak bangsa. In syaa Allah, sama-sama kita berdoa agar negara kita sentiasa selamat.

Wassalam.