Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, June 21, 2013

Jerebu Kerana Ada Yang Tamak?


Assalamualaikum.

Keadaan cuaca yang berjerebu merupakan isu utama di negara kita ini buat masa ini. Semua rakyat Malaysia dan juga Singapura, tentunya rakyat Indonesia terutama di Sumatera sedang menderita akibat keadaan cuaca yang teramat buruk ini. Sebenarnya, siapakah yang patut kita salahkan? Sebab keadaan panas? Takkan nak salahkan Tuhan kot, sedangkan kita memang tahu negara kita memang pun mempunyai cuaca panas sepanajang tahun, tidak bermusim seperti sebahagian negara-negara di dunia ini. Mungkin kita tak ditimpa musibah gempa bumi, tidak juga tsunami atau letupan gunung berapi, namun 'jerebu' tetap tak dapat kita halang.

Kalau kita perhatikan betul-betul, agaknya salah siapa? Bukankah salah manusia yang tamak haloba juga? Bukankah kerana ada syarikat-syarikat besar di Sumatera yang memiliki ladang-ladang besar, yang sedang menjalankan aktiviti pembersihan secara mudah dengan membakar sahaja ladang-ladang lama mereka dan inilah yang sedang mengakibatkan 'jerebu' di sekitar kawasan ini.

Malangnya, ada yang marah-marah dan mengamuk, maka kita pun marah juga pada kerajaan Indonesia, sedangkan kebanyakan taukeh-taukeh yang memiliki ladang-ladang di Sumatera bukan semuanya rakyat Indonesia pun!

Cuba kita fikir-fikirkan, banyak musibah yang datang kepada kita adalah kerana sifat manusia jua. Terlalu ramai yang sudah kaya-raya, yang mahu jadi lebih kaya, maka kerana itu mereka lakukan perbuatan-perbuatan keji seperti itu.

Ramai kanak-kanak dan orang dewasa semput, terutama mereka yang ada penyakit lelah atau athma.  Banyak bisnes tergendala akibat keadaan cuaca yang buruk ini.

Jadi, sebagai insan kerdil, mungkin kita renung-renungkanlah hal ini. Jangan mudah menuding jari dan salahkan orang lain atau Tuhan, sedangkan mungkin ada mereka yang tamak di luar sana. Nauzubillah.