Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, dah selamat berkumpul di Kuala Kangsar dan dah selamat pun pulang ke Nilai. Rahmat Tuhan kerana mengizinkan kami untuk mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga, yang jauh dan dekat, yang begitu dan begini. Maklumlah, keluarga besar, bukannya mudah nak dikumpulkan. Masih ramai yang tak dapat hadir, in syaa Allah lain kali kita cuba lagi. Apa pun, alhamdulillah dapat balik kampung, tengok tempat-tempat yang penuh dengan nostalgia. Round Sungai Perak naik bot beraamai-ramai. Makan malam, makan pagi, tengah hari beramai-ramai. Riuh rendah terutama dengan cucu-cucu kami, berlari sana si, adi Ulu Kenas bermand-manda. Maklumlah, budak-budak tu memang jarang2 ke sungai. Kami juga menziarahi pusara arwah ayah kami dan kaum kerabat yang lain, sertake Sekolah Agama di Ketior. Macam-macam lagi aktiviti yang diaturkan dan semuanya berjalan lancar. Sekali lagi alhamdulillah.
Sama-sama kita menyambut Ramadhan al Mubarak, semoga kita dapat tunaikan kewajipan dengan sempurna, in syaa Allah. Marhaban ya Ramadhan.
Wassalam.
PS: Gambar kami pada malam pertama di Kuala Kangsar. Dinner di tepi Sungai Perak.
Adik beradik perempuan
Cucu-cucu menyanyi
Kaum Wanita
Kaum lelaki veteran sahaja
makan Kuale
Adik dan abang saya
Nana and Firas
The ladies
Niloufar sedang dibuai mimpi
Adik saya dan abang saya
Ahli keluarga saya
Di pusara arwah ayah kami











