Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, March 01, 2012
Tulisan 'Syok Sendiri'.
Salam
Pagi ini, jom kita sembang pasal penulisan pula. Tak kisahlah anda seorang penulis atau pembaca, saya rasa mungkin anda berminat untuk berbual tentang hal ini. Maklumlah, rata-rata anda juga merupakan penulis blog, kan? Tak kisahlah tulis apa dan di mana, tentu anda juga tak mahu jadi penulis yang suka merapu, betul tak?
Haha... okeylah, dalam hal ini, saya percaya kita semua mempunyai stail penulisan yang berbeza-beza. Kita semua tak sama, cara kita berfikir, pengalaman kita dan juga pendidikan kita. Kerana itulah, ada macam-macam di dunia ini, termasuklah dalam dunia penulisan di Malaysia ini.
Pun begitu, apa jua penulisan yang kita libatkan diri, pastikan apa yang kita tulis itu ada mesejnya. Janganlah asyik merapu aje. Sekali-sekala merapu, okeylah, orang mungkin akan baca, tapi kalau asyik merepek aje, orang pun malas nak baca. Tak kisahlah kita tulis buku atau pun di blog, pastikan apa yang kita tulis itu merupakan bahan yang menarik untuk dibaca.
Kalau kita tulis cerita cinta pun, biarlah cerita itu ada kesannya, bukan cerita cinta 'syok sendiri'. Dulu saya pun tak tahu pasal hal ni, pembaca yang beritahu saya. Kata mereka, cerita cinta 'syok sendiri' ni adalah kisah cinta antara dua insan, dari mula cerita sampailah habis, tak ada kisah lain, hanya cerita cinta semata-mata. Huhu... syok giler!
Apa pun, macam saya katakan tadi, kadang-kadang kita masing-masing ada stail tersendiri. Kebetulan juga, memang ada pembaca yang suka cerita 'cinta jiwang', fokus pada kisah cinta semata-mata, tak ada kisah lain yang penting. Mungkin bagi pembaca yang masih muda, mereka minatlah membaca kisah-kisah yang macam ni, terutama kalau mereka sedang 'jatuh cinta'. Tetapi, sebaik sahaja mereka lebih matang dan banyak pengalaman, mereka akan berubah. Bila baca, mahukan cerita yang lebih daripada kisah cinta semata-mata!
Okeylah, kalau kita tulis di blog pula. Mestilah ada maklumat atau cerita yang mahu kita kisahkan dalam blog kita tu, kan? Takkan nak tulis merapu aje kot? Tapi, memang ada orang yang suka merapu. Mungkin dia boring, atau memang dia jenis suka merapu. Haha... hari ini, sayalah agaknya orang itu, kerana pagi ini, saya agak merapu sedikit. Bukan tak ada modal, cuma malas nak bercerita tentang hal yang berat-berat. Kadang-kadang saya rasa letih.
Mungkin okey kot kalau saya berkongsi tentang hal ini. Pastikan di mana sahaja kita tulis, ada mesej dan pesanan yang kita nak sampaikan kepada mereka yang membaca tulisan kita itu. Mesej saya kali ini, janganlah tulis 'syok sendiri' tanpa ada apa-apa mesej nak kita sampaikan.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)