Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, September 21, 2014

Cerita Kawan Saya

Assalam.

Hari ini, saya dan suami sibuk di taman kami. Bersihkan kawasan, gembur tanah, tukar pasu, semai pokok baru dan macam-macam lagi yang akan membuatkan taman kami kemas dan  cantik in syaa-Allah. Apa sekalipun yang saya lakukan, dan sesibuk mana pun saya, saya cuba untuk pastikan taman saya terjaga. Bagi saya, taman saya sangat penting untuk hidup kami seharian. Biar rumah tak besar macam mahligai, tapi taman kami nyaman... in syaa-Allah.

Kebetulan, saya bersembang dengan seorang teman lama semalam. Dah bertahun-tahun tak contact dia, tiba-tiba dapat nombor telefon dia. Jadi saya pun call. Saja saya bercerita di sini sekadar untuk berkongsi ceritanya dan semoga apa yang diceritanya akan menjadi pengajaran buat kita jua.

Beginilah lebih kurang perbualan kami.

Saya: Isy... lamanya tak sembang dengan you, N... apa khabar sekarang ni? Dah berapa anak you yang kahwin?

N: Anak sulung I aje yang dah kahwin. Yang dua lagi tu belum lagi.

Saya : Alhamdulillah... husband you masih kerja kat tempat yang sama ke?

N: Husband I? You mean D ke? D dengan I dah lama bercerai. Masa budak-budak remaja.

Saya: Oh ya ke? I tak tahu pulak halnya. Tak sangkalah yang you dengan D akhirnya bercerai. Kenapa?

N: D jumpa orang lain. Mungkin silap I kot... sebab kurang bagi perhatian kat D. Jadi... orang lain ambil kesempatan.

Saya: Laaa... kesiannya kat you. D ceraikan you sebab nak kahwin dengan perempuan lain?

N: Aah... nak buat macam mana... perempuan tu tak nak bermadu. Jadi D pilih dia dan tinggalkan I dengan anak-anak.

Saya: Adoi... kesianlah... kan you lama jugak kahwin dengan dia? Sampai hati dia....

N : Nasib I kot... tapi... I pun bukanlah baik sangat.

Saya: Kenapa pulak you cakap macam tu, N?

N: Biarlah I bagi tahu you... Lepas beberapa tahun I bercerai dengan D, I kahwin pulak dengan lelaki lain. Nama dia Z. Tapi sekejap aje. Lepas dengan Z, I malas nak fikir lagi pasal kahwin ni. I rasa sangat bersalah.

Saya: Kenapa, N? Apa yang tak kena dengan Z tu?

N: Bukan ada apa-apa yang tak kena dengan Z. Tapi I ni...
I buat satu kesalahan... I kahwin dengan Z sedangkan I tahu Z tu suami orang. I yang beria-ia pujuk Z untuk kahwin dengan I. Sebenarnya I ingat okeylah kot... walaupun I tahu dia dah ada isteri dan anak-anak. Dia dah lama kahwin dengan isteri dia. Tapi masa tu I mungkin fikirkan diri I. I rasa macam nak ada suami, I nak ada orang lain yang pikul tanggungjawab hidup I. Z tu memang berduit... jadi I rasa okey kot. Kami kahwin senyap-senyap. I pujuk Z untuk ambil risiko. Kami siap kahwin kat Siam lagi. Famili I pun tak tahu. Mula-mula tu rasa macam okeylah sebab isteri pertama dia tak tahu. Kami curi masa dan dia terpaksalah amal hidup seorang penipu. Tiba-tiba rahsia kami terbongkar. Isteri dia kecil hati dan rasa yang dirinya dikhianati. Dia mahu tarik diri dari suaminya kerana dia kata dia tak suka hidup dengan suami yang menipu!

Saya : Okeylah tu... mesti you untung besar kot kalau wife dia tarik diri? (saya sekadar mengusiknya)

N: Z macam orang sasau. Masa tu baru I sedar yang Z tak pernah sayangkan I pun. Dia hanya mengambil kesempatan sahaja. Tapi bukan salah dia kot... yang salah memang I. Z terus ceraikan I. Katanya dia tak mahu kehilangan isteri dan anak-anaknya. Selama hari ini, isterinya telah banyak berkorban untuk kejayaan mereka. Dia memang bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. I ni... memang penyibuk. I memang cuba meruntuhkan rumah tangga orang sedangkan I sendiri tahu apa perasaan seorang perempuan yang dikhianati kasih sayangnya. Sebenarnya I yang bersalah kerana terlalu pentingkan diri I. Masa tu barulah I sedar, bukan semua lelaki macam D. Z sayang isterinya dan I datang dalam hidupnya sebagai pengganggu kebahagian orang. I menyesal teramat sangat. I rasa malu kerana jadi perempuan yang macam tu sedangkan I sendiri tahu apa perasaan seorang perempuan yang dikhianati. Mula-mula tu, I cuba jugak pujuk Z supaya minta isteri dia pertimbangkan kehadiran I. Dalam hati, I ingatkan mesti Z akan cuba sokong I, tapi kata dia, dia terpaksa ceraikan I sebab isteri dia tak mahu hidup bermadu. Isteri dia kata Z boleh pilih. Semestinya Z pilih isterinya tu, bukan I. I terpaksa akui yang I dah buat satu kesilapan.

Saya : Sekarang you macam mana?

N: Kadang-kadang I rasa ngeri. Kadang-kadang I rasa macam mimpi. Sebenarnya I memang malu. Kalau anak-anak I tahu atau ahli keluarga tahu, I bertambah malu. Kalau kawan-kawan ofis tahu, I memang tak tahu nak sorok muka kat mana. Mujurlah I dah tukar tempat kerja. I cuba padamkan pengalaman tu, tapi kadang-kadang I rasa takut pada diri sendiri. I rasa kalau kita buat 'khianat' macam tu, nanti kita akan dikhianati pulak. Kalau kita buat orang, mesti satu hari nanti kita akan kena balik. I hidup dalam ketakutan. Tapi... I betul-betul serik. I tak mahulah kalau orang lain anggap diri I macam murah aje... malunya. Tapi kan... I paling malu pada Tuhan... sebab I tak tahu bersabar. I tak hargai nikmat yang Allah dah bagi pada I. I fikir diri I aje sedangkan orang lain pun ada hak mereka.


Adoi... saya memang bersimpati pada N. Kalau betul N rasa bersalah, harap-harap N tak buat lagi macam tu. Mungkin N terlupa kot, kalau kita nak kahwin, tak kiralah nak kahwin dengan siapa pun, biarlah kita lakukan kerana Allah dan biarlah kita tidak pentingkan diri kita sahaja. Yang penting juga, memang tak baik kalau kita buat perkara halal secara 'haram'. Menipu itu memang perbuatan haram. Itu adalah satu dosa. Semoga kita, termasuk N, dilindungi Allah SWT dan selamat dunia akhirat. Aamiin.

Wassalam.




                               Niloufar dan Firas sibuk di verendah masa kami sibuk di taman


Projek Baru

Assalam.

Betul, memang dah lewat malam pun tapi baru sahaja mempunyai kesempatan untuk update blog ini. Sejak entri yang terakhir, saya sangat-sangat kesibukan. Setelah selesai pameran di KL Convention Centre di kawasan KLCC, saya kesibukan hal-hal lain pula. Hari ini juga sibuk. Kami keluar dan pergi ke Pavillion Shopping Mall (tempat favourite untuk saya shopping and lepak) dan selepas itu sibuk masak di rumah kerana kakak saya dan familinya datang ke rumah kami. Jadi... memang sibuklah sampai ke jauh malam.

Saya jangkakan yang saya akan terus kesibukan dengan kerja yang perlu saya siapkan sebelum ke Jakarta pada pagi Jumaat. Adoii... tapi alhamdulillah, dengan kesibukan ini, tidaklah saya ralit fikirkan hal-hal yang sudah berlalu pergi dan tidaklah saya terasa perit di dada kerana rindukan arwah ibu saya. In syaa-Allah, saya sedang rancangkan sesuatu yang sangat 'interesting' di masa akan datang ini. Dalam pada itu, banyak hal-hal lain yang 'personal' yang sedang saya rancangkan bersama 'pakwe' saya.

Okeylah, mungkin saya pun agak keletihan, hanya sekadar ingin letakkan gambar-gambar yang tak sempat saya letak sebelum ini. Gambar-gambar semasa pameran kami untuk projek terbaru, in syaa Allah.


Wassalam.

                                     Sedang praktis untuk guna 'Black Magic' dan stabiliser
                                                   Team untuk 'Colors of Eman'
                                            Saya dan Khahil Adrian, host 'Colors of Eman'