Alhamdulillah, kami tiba di Paris dengan selamatnya. Dalam perjalanan kami singgah di Doha kerana kami menaiki pesawat Qatar Airways dan kemudian terus ke Paris. Kami tiba awal pagi di kota romantis ini. Setelah ambil kereta sewa yang sedia menunggu di lapangan terbang, kami terus ke hotel. Kemudian kami tinggalkan kereta di hotel, naiki pula 'tren underground' atau metro dan berjalan-jalan di merata-rata tempat di Paris, termasuk Champ Elysee, La Fayette dan juga Eiffel Tower. Sempat juga shopping sikit-sikit, maklumlah Paris memang terkenal dengan fesyen, pakaian, minyak wangi, tas tangan dan juga alat-alat kecantikan. Masya-Allah memang rambang mata.
Hari ini, di awal pagi lagi kami dah keluar kota Paris dan menghala ke kawasan Selatan untuk ke Sepanyol. Kami singgah di Bordeaux dan kota lama ini memang cantik giler. Selepas itu, kami teruskan perjalanan untuk ke San Sebastien (border Peranchis - Sepanyol). Dalam perjalanan, kami lalui pekan-pekan kecil yang sangat comel dan pilih untuk berhenti rehat di tempat ini. Kalau kota Bordeaux terkenal dengan tanaman anggurnya, pekan-pekan yang lain juga mempunyai banyak aktiviti pertaniannya. Sungguh menakjubkan. Walaupun kami berjalan agak jauh, hampir 800 km, tetapi langsung tak meletihkan. Jalannya tak sesak dan pemandangan sangat indah.
Makan pun tidak ada masalah, alhamdulillah. Senang nak cari makanan halal, di mana-mana pun ada. Orang Islam memang banyak di negara Peranchis. Sebenarnya, saya dan suami sudah pernah ke France dan juga Sepanyol, tetapi ini adalah pertama kali buat Nabil.
Insyaa-Allah, esok kami akan ke Sepanyol. Kami akan ke San Sebastien dan terus ke kota Madrid. Doakan yang baik-baik ya.
Take care dan salam sayang saya buat anda yang menyayangi diri ini.
Wassalam.
Take a break dekat rest area di Paris
Di Paris - tak jauh dari hotel kami
Paris
Shopping di Paris
Champ Elysee - tempat shopping
Eiffel Tower-lambang Paris
Eiffel Tower
Kawasan rehat dalam perjalanan ke Bordeaux
Kawasan Rehat
Berhenti makan di Bordeaux
Di Bordeaux
Kawasan Shopping
Shopping lagi
Menikmati keindahan kawasan Eiffel Tower
Di Bordeaux
Bordeaux
Bordeaux