Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, May 23, 2011
Biarlah Aku Tenang...
Salam
Ada seorang teman penulis berbicara dengan saya. Katanya, "Kenapa susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas?"
Saya bertanya balik, "Kenapa?"
"Entahlah, kadang-kadang saya rasa takut nak berkawan dengan orang. Jadi paranoid pulak. Sebab dah banyak kali saya kena. Mereka datang pada saya, konon-konon nak berkawan. Dan saya pun layanlah, sebab apa salahnya kalau kita nak berkawan, kan? Kita nak eratkan silaturahim. Saya memang suka pun. Mula-mula, memang itulah yang saya rasakan, semuanya baik belaka. Malah, tak henti-henti saya dapat mesej bertanya khabar. Emel lagi. Tapi, bila mungkin mereka dah dapat apa yang mereka mahukan, mereka mula berubah. Macam-macam cerita akan keluar tentang saya. Yang mengaibkan pun ada, pada hal ada yang saya kenal tu siap pakai tudung labuh lagi. Kadang-kadang mereka jumpa saya minta bantuan sana sini, dan saya pun hulurkanlah dengan ikhlas. Tahu-tahu sekarang ni mereka dah jadi musuh saya pula."
"Tak apalah kalau mereka dah tak suka. Itu kan hak mereka? Untuk pilih siapa yang mereka nak jadikan kawan, dan siapa yang akan menguntungkan mereka."
"Kalau dah macam tu lah yang ada pada hati, buat apa beria-ia nak kawan dengan orang macam saya ni?"
"Mungkin mereka tak sedar apa yang mereka lakukan." Kata saya pula.
"Mustahil tak sedar. Saya taklah kisah sangat, sebab tak mati pun kalau tak ada kawan yang macam tu, cuma saya terkilan kerana ada orang-orang yang macam tu, berkawan tak bersungguh-sungguh. Berkawan sekadar nak cari untung. Berkawan kerana nak dapatkan ilmu kita. Itu sahaja. Lepas tu, mereka terus lupa seolah-olah kita dah jadi hantu untuk dia."
Saya tergelak juga. Maklumlah, apa yang dikatakan teman saya itu banyak juga dilalui oleh teman-teman penulis yang lain. Mereka diperguna oleh orang-orang seperti ini.
Bagi saya, tak apalah kalau ada yang macam itu. Biasalah tu, kan ini dunia? Dunia yang penuh dengan manusia yang berperasaan dengki dan suka menghasut. Ada juga manusia yang kadang-kadang menyorok di belakang agama dan di belakang kebaikan.
Tanyalah pada diri kita, apa yang kita mahukan di dunia ini? Dan apa pula yang mahu kita bawa untuk akhirat? Insya-Allah, kalau kita ikhlas dengan Allah SWT, ikhlas sesama manusia, insya-Allah hidup kita akan diberkati-Nya. Biarlah kita mencari ketenangan dunia dan akhirat.
Hidup kita tak akan tenang kalau dipenuhi dengan hasrat dengki, iri hati dan dendam. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
