Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, May 10, 2015

Sibuk Di Hujung Minggu

Assalam

Hujung minggu yang sibuk. Semalam (hari Sabtu), kami turun ke Johor untuk hadir majlis perkahwinan sepupu saya dan kemudiannya kami ke rumah adik ipar saya kerana suami saya ada mesyuarat dengan adik-beradiknya. Ketika meraikan perkahwinan adik sepupu saya (anak pakcik saya yang bongsu), kami berkesempatan untuk berjumpa dengan kaum kerabat yang lain, ada yang turun dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Anak saya Faiz pula telah ke Kemaman kerana ada mesyuarat tentang projek digital di kawasan berkenaan. Faiz bawa keluarganya ke sana.

Hari ini pula, kami ramai-ramai meraikan hari ibu di Bukit Putus, makan makanan 'Chinese Muslim'. lepas tu kami ke Lenggeng dan lepak pula seketika di sana. Alhamdulillah, semuanya okey.

Nampaknya setiap hujung minggu kami akan kesibukan kerana setiap hujung minggu ada sahaja jemputan kahwin.

Wassalam.


 Anak saudara saya Qabila Deena, adik ipar saya, ibu saudara saya, sepupu-sepupu saya, saya dan jugaYusufia.