Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, June 24, 2008

Harga Buku Akan Naik?

Maklumat terkini yang disebarkan; Harga kertas akan dinaikkan sekitar 10 hingga 40%. Belum lagi ambil kira harga percetakan, yang dikatakan akan naik juga. Harga pengangkutan sudah pun dinaikkan sekitar 40%. Apabila dijumlahkan kesemuanya, harga buku akan naik mendadak juga. Mungkin ada yang tersenyum-senyum kerana fikirkan royalti yang akan mereka terima apabila harga buku dinaikkan. Masalahnya, dengan harga buku yang tinggi, kemungkinan pembaca tidak meletakkan prioriti yang baik untuk pembeliannya. Mereka lebih pentingkan barang-barang lain, seperti makanan, minyak kereta, belanja persekolahan anak-anak mereka dan lain-lain, yang mungkin bagi mereka adalah lebih penting daripada membeli buku.

Kalau tadi anda tersenyum-senyum, mungkin kini tak lagi, kerana harga buku yang tinggi tak dapat dijual dengan baik lagi. Kalau dulu boleh dijual sekitar 1000 buah, kini mungkin 300 sahaja. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk pastikan buku masih boleh dijual dengan baik? Mana yang penting buat anda sebagai penulis? Untuk dapatkan kadar royalti yang tinggi bagi sebuah buku atau untuk pastikan penjualan buku anda dapat diteruskan seperti biasa, dan kerana itu anda akan dapat memungut jumlah royalti yang lebih baik? Semua ini bergantung pada cara anda menghitung. Nak untung macam mana atau nak rugi bagaimana?

Sama-samalah kita fikirkan strategi yang terbaik bagi mengatasi penjualan buku.