Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, February 18, 2013
Sudah Sukses Ke Kita?
Assalamulaikum semua
Alhamdulillah... kita masih di sini lagi. Syukur kerana masih berpeluang untuk teruskan kehidupan, terus berdoa, terus kerja kuat, terus dekatkan diri dengan Tuhan. In sya Allah, terus diberkati Allah SWT.
Ada orang bertanya, "Kenapa orang Melayu tidak mampu sukses seperti orang Cina di negara sendiri?" Huhu... satu soalan yang rumit untuk dijawab mungkin, kerana soalan seperti ini, pasti mempunyai pelbagai jawapan. Nombor satu... sukses yang kita panggil sukses itu dari sudut apa? Kerjaya? Bisnes? Harta? Wang ringgit? Anak-anak dan cucu-cucu yang cemerlang?
Kalau diikutkan, memang benar orang-orang Melayu di negara ini, ada yang sangat ketinggalan dalam pelbagai segi ekonomi dan juga pelajaran. Ada pelaung, tapi kadang-kadang tak dapat nak digunakan. Ada pula tu, dah usahakan tetapi oleh kerana sebab-sebab luar kawalan, maka musnahlah.
Okeylah... saya ingat masa saya kecil-kecil dulu. Kampung berjiranan dengan kampung saya merupakan sebuah kampung baru Cina. Satu masa dahulu, orang-orang kampung itu hidup sangat susah, begitu juga dengan orang-orang di kampung saya, yang rata-ratanya berketurunan Jawa. Alhamadulillah, hari ini, penduduk kampung saya di Kuala Kangsar dah lama maju jaya, apatah lagi kampung baru Cina itu. Hari ini, kalau kita ke kampung baru Cina yang saya maksudkan, rumah mereka semuanya besar-besar belaka, kereta pun bersusun. Anak-anak mereka juga berjaya dan ada yang dah jadi kaya-raya.
Namun begitu, hari ini, ramai orang Melayu yang tinggal di bandar yang merasakan kesempitan hidup. Bila tak cukup duit, semuanya tak jadi. Sana kurang dan sini kurang.
Orang Melayu juga tak minat bisnes. Dari dulu sampai sekarang, hanya segelintir sahaja yang berani untuk menceburinya. Orang Melayu takut gagal, dan memang pada hakikatnya, bisnes orang Melayu memang lebih senang untuk gagal. Sebab utama ialah orang Melayu tidak menyokong antara satu sama lain, tidak macam orang Cina. Orang Cina akan pergi ke kedai Cina, kalau dah tak ada, barulah nak masuk kedai Melayu. Kalau pergi holiday, mereka akan cari hotel kepunyaan orang Cina, kalau dah tak ada, barulah nak masuk ke hotel kepunyaan Melayu. Begitulah lebih kurangnya. Persatuan-persatuan mereka sangat kuat dan sangat menyokong orang mereka dari segi memberi modal dan macam-macam. Network bisnes mereka memang 'excellent'. Jadinya... memanglah rata-rata, orang Melayu tak mampu untuk bersaing dengan orang Cina.
Tetapi, itu tidak bermaksud kita tidak boleh berubah. Hari ini, sudah banyak orang Melayu yang berani untuk buat macam-macam, walaupun cabarannya tinggi bak Gunung Everest! Kita mesti ingat bahawa dalam Islam, perniagaan itu adalah sunnah Nabi. Jadi... kita tidak perlu gusar. Yang penting, jangan libatkan diri dalam benda-benda yang kotor. Baiknya tentang bisnes ialah kita mempunyai kebebasan. Kalau anda makan gaji, apa 'power' yang anda ada untuk lakukan sesuatu? kecualilah anda merupakan Perdana Menteri. Misalnya anda seorang imam masjid yang makan gaji, khutbah anda pun akan dikawal orang lain. Jadi macam mana nak berdakwah?
Apa yang saya katakan adalah sekadar contoh sahaja. Saya ingin memberi pandangan saya bahawa orang kita sebenarnya mampu untuk jayakan diri kalau kita berani untuk mencuba. Apa pun, kita mesti ingat ukuran sukses itu adalah sangat subjektif.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
