Assalam
Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik. Saya pula, seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, saya sangat kesibukan. Terlalu banyak aktiviti sejak Khamis lepas, tak berhenti-henti hingga larut malam setiap hari. Saya ke Behrang bersama teman-teman untuk melawat abang saya yang tak sihat, saya juga sempat melayan saudara mara yang datang dari Indonesia, kemudian sibuk bersama kaum kerabat dalam 'gathering keluarga' kami pada malam Sabtu yang lepas di sebuah restoran Arab.
Alhamdulillah, memang ramai yang hadir termasuk mereka dari Indonesia (Jakarta, Bandung dan Surabaya) juga dari Singapura. Kami juga sempat ke rumah kakak saya untuk majlis menyambut menantunya. Kakak saya tinggal di Bukit Gambir Muar. Malam Ahad pula, sebaik pulang dari rumah kakak saya, kami telah ke majlis perkahwinan staf suami saya di Bangi Putrajaya Hotel (dulunya Equatorial Hotel). Setiap malam kami pulang melepasi jam 12 malam. Memang letih, doh.
Kebetulan, pagi tadi menantu saya melahirkan baby baru. Alhamdulillah, dapatlah kami ahli keluarga baru yang bernama Syed Tawfik. Syukur ke hadrat Ilahi, Tawfik muncul di awal pagi dan lola dan habib masih di sini lagi. Jadi, ke hospital pula saya dan suami.
Walaupun letih, kami puas hati dan semuanya di atas anugerah Ilahi buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas semua yang Kau berikan kami.
Wassalam.
Bersama Aini, Jenny dan Jag di Behrang
Bersama Jag, Ifah, Aini dan Jenny di Behrang
Cousin-cousin dari Subang Jaya - family gathering
Elaine (anak saudara saya) bersama suaminya (orang Mexico) dan anak mereka
Amira, Sofi, Aliva (Sofia Jane Indonesia) - kaum kerabat dari Indonesia
Nasi Arab
Amnah dan Hanifah
Saya dan Sohair dari Indonesia
Qabila dan Damia
Aiman, Mira, Aliva, Laila dan Ina (Malaysia dan Indonesia)
Bersama Syed Adam dan Syed Adil
Ahmad, Abang Dollah dan my hubby
Bersama Ahmad, Nadiah dan isteri Ahmad (semua dari Singapura)
Bersama Aini, Za, Jenny dan Laila
Makan durian di Muar
Firas, Yusufia dan Ali
Kaum kerabat semasa makan-makan
Dengan cucu sedara

