Assalam
Antara penyakit yang payah untuk diibati ialah penyakit sakit hati, penyakit ada kaitan dengan stres dan tekanan jiwa. Perkara ini diakui oleh semua pakar perubatan di dunia. Pun begitu, para saintis dan pakar perubatan sudah membuat kajian dan mereka dapati bahawa insan-insan yang 'religious' atau mereka yang memberi tumpuan pada agama, mudah untuk jauhkan penyakit-penyakit ini. Malah, kalau manusia itu orangnya sabar, menghindar perasaan benci dan dendam, maka hatinya tidak akan jadi sakit. Orang yang senang memaafkan orang lain, mudah juga untuk tenangkan jiwanya.
Jom kita fikir-fikirkan tentang hal yang sangat logik ini. Lagi dekat kita dengan Allah SWT, bertambah tenang jiwa dan raga. Hindarkan rasa benci, dendam kesumat, rasa marah yang melampau, kerana perasaan ini sangat membebankan hati dan jiwa, akhirnya nanti akan tertekan.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,cuba kita fikirkan hal ini. Jom kita jadi mereka yang lebih 'cool' dan bersabar, agar kita juga jadi mereka yang lebih sihat. Wallahuaklam.
