David Silva yang comel - masukkan gol pertama buat Sepanyol
Salam semua
Sepanyol menang! Huhu... saya okey aje walaupun agak keletihan kerana menonton TV pagi tadi. Tapi... iyalah... dah final pun, tak naklah miss, kan... apatah lagi Sepanyol antara team yang masuk final. Saya memang kurang gemar dengan Itali. Apa pun... okeylah tu dan tak sangka pula Sepanyol menang 4 - 0, macam senang sangat pulak dah. Kira hebat jugaklah Sepanyol ni dalam permainan bola sepak kerana telah memenangi tiga piala besar, berturut-turut. Patutlah saya suka Sepanyol kot!
Saya tak nak bincang pasal bola ni, dah habis pun, apa yang saya nak perkatakan ialah tentang kehilangan. Mungkin saya terasa bila Diha (entri semalam) berdepan dengan sesuatu yang tidak diduga. Sungguhpun kita semua tahu satu hari nanti kita semua akan kembali kepada-Nya, namun biasanya juga kita tidaklah mahu pergi dalam usia yang masih muda. Apatah lagi bila anak-anak masih kecil dan perlukan kita. Pun begitu, hanya Tuhan yang tentukan ajal hidup kita dan hanya Tuhan juga tahu segala hikmah dan hidayah di sebalik segala yang berlaku.
Salah satu sebab mengapa kita yang hidup ini diduga ialah kerana Tuhan menyayangi kita. Setiap kali kita berdukacita, maka Tuhanlah tempat kita mengadu. Dengan itu, kita akan bertambah dekat dengan-Nya. Sememangnya tiada siapa pun yang mampu mententeramkan segala gundah-gulana yang menimpa setiap insan, kecuali Allah SWT. Walaupun duit dan harta melimpah-limpah, namun jiwa tidak aman bila ada sesuatu yang berlaku lalu menduga perasaan seperti satu kesakitan, kehilangan atau sebuah kematian. Maknanya, segala material tidak dapat meredakan rasa sakit dan perit yang ada di lubuk hati kecuali rasa dekat dengan Tuhan.
Renung-renungkanlah dan belajarlah untuk bersabar, semoga kita mampu menguatkan iman dan kuatkan semangat untuk terus berjuang. Insya-Allah.
Wassalam.