Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, May 30, 2015

Cari Calon Suami

Assalam

Rasa macam dah lama sangat tak update blog ni... hehe baru semalam yang tak updatenya... biasalah kan, jari-jari tangan macam gatal aje bila tak menulis. Iyalah, memang saya sibuk, hal kerja dan hal personal, macam-macam yang hendak dibuat, macam tak cukup kaki dan tangan.

Esok pun sibuk juga sebab ada jemputan kahwin. Tadi pun ada, tapi malangnya tak sempat nak pergi, banyak sangat halnya. Memang musim orang kahwin-kahwin dan mereka yang belum kahwin, mungkin selalu fikirkan tentang hal kahwin ni. Okeylah, ada seorang pembaca sibuk bertanya dengan saya, "Kak Aina... kalau kita nak cari calon suami kan, yang macam mana agaknya yang terbaik?"

Wahhh... soalan mahal weh, macamlah mudah nak jawab kot. Memang bukan senang pun, sebab rata-rata lelaki sekarang tak macam dulu-dulu lagi. Ramai sangat yang tak tahu tanggungjawab dan ramai sangat yang manja, yang macam tak tahu buat apa-apa. Paling teruk ialah kerana banyak ibu bapa yang biarkan anak-anak lelaki mereka jadi orang dewasa yang tak tahu tanggungjawab. Semuanya nak suruh mak ayah yang uruskan, nak kahwin pun mak ayah yang kena keluarkan duit! Bukan setakat untuk majlis kenduri makan, tapi kadang-kadang tu sampaikan mas kahwin dan hantaran mak ayah yang kena sponsor.

Jadi... bagi saya yang utama sekali bila kita pilih calon untuk dijadikan bakal suami, pastikan lelaki itu tahu tanggungjawabnya. Jangan nanti bila dah kahwin, yang perempuan pula yang kena support suaminya. Memang bolehlah nak support kalau kebetulan perempuan tu yang kaya-raya, tetapi walaupun macam tu, lelaki mesti ada peranannya sebagai suami, tak boleh duduk-duduk goyang kaki sahaja!

Semestinya calon suami yang baik, adalah yang dekat dirinya dengan Tuhan. Kalau tahu agama, biasanya mereka juga tahu tanggungjawab. Suami yang baik adalah suami yang rajin membantu isteri di rumah. Suami juga perlu dekat dengan anak-anak, bukan lepas tangan pada isteri untuk pikul segala tanggungjawab sebagai 'ibu' dan ayahnya pula buat tak tahu sahaja!

Suami yang baik adalah suami yang sayang pada keluarganya.

Sebaik mungkin, biarlah kita cari lelaki yang bukan jenis tak jujur. Kalau tak jujur, maka mereka mudah berlaku curang dan mudah termakan godaan syaitan! Jangan lupa, syaitan ada di mana-mana sahaja dan syaitan menjelma dalam tubuh manusia di sekeliling kita, termasuk mereka yang kita ingat sebagai kawan dan teman. Kita kena berjaga-jaga, walaupun mungkin lelaki pilihan kita itu pada asalnya baik orangnya, mereka juga mampu untuk berubah apabila ada syaitan yang datang merasuk hati mereka. Kerana itu juga, seelok-eloknya kita berdoalah sentiasa agar kita berjumpa dengan lelaki yang teguh imannya.

Kalau kita tak jumpa lelaki yang betul-betul baik, eloklah kita jauhkan diri daripada mereka yang cuba menggoda kita, kerana memang tak ada faedahnya kalau kita buang masa bersama lelaki yang tak boleh pakai! Kita kena ingat, kahwin bukan kerana 'seks' atau kerana 'material', tetapi kita kahwin kerana Allah swt untuk mencari rahmat dunia akhirat.

Semoga mereka yang belum berkahwin berjumpa dengan calon pasangan yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiin.

Wassalam.



                                                                  Calon suami siapa ni?