Assalam
Saya dah pun sampai di rumah malam tadi, alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang, singgah sekejap di Slim River sebab abang tercinta saya sakit... tapi alhamdulillah, dah beransur kurang.
Untuk makluman anda semua, entri blog saya tentang drama 'Selamat Malam Kekasih' menjadi entri hot sekarang ini mungkin kerana ulangtayang drama 13 episod itu sedang berjalan di TV AlHijarh setiap hari jam 2.30 petang. Kalau anda sedang bercuti, cikgu sekolah dan pelajar, juga suri rumah, jangan miss ya?
Kembali kepada perjalanan kami ke utara, alhamdulillah walaupun jalan sentiasa sesak, kami tetap enjoy. Dapat berjumpa sanak saudara, dapat pergi ke Tanjung Dawai (perkampungan nelayan) dan beli belah barang-barang laut seperti ikan masin, udang kering, ikan bilis dan keropok. Sempat juga kami makan durian Gunung Jerai. Terbaek! Adik saya yang turut hadir majlis perkahwinan, ikut kami meronda-ronda. Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk menikmati alam 'nature' yang tiada nilainya.
Bagi saya, perjalanan yang begini sentiasa buat saya rasa tenang dan aman. Kebetulan, semasa di Gunung Jerai, cuaca agak sejuk (sebab sentiasa hujan) dan kebetulan juga, banyak rama-rama yang berterbangan, mungkin kerana musimnya. Betapa hebatnya anugerah Ilahi buat kita.
Semoga minggu ini juga merupakan minggu yang baik buat anda.
Wassalam.
Majlis perkahwinan Sharifah Farah di Sungai Petani
Di Kaki Gunung
Kampung Nelayan
Burung yang sedang berfikir-fikir
Kolam renang di resort
Rama-rama cantik
Bunga Siti Zubaidah yang juga cantik
Morning glory
Sanak saudara kami
Butterfly
Di puncak Gunung Jerai