Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, December 10, 2012

Aku Bukan Robot

                             Sekadar hiasan
Salam

Hehe... kalau buat tajuk novel macam kat atas ni, macam mana? Mesti orang ingat saya buat cerita science fiction, kan? Alahai saya belum boleh buat novel yang macam tu, sebab saya tak pakar dalam bidang itu. Apa pun, 'Aku Bukan Robot', ni sama maksudnya dengan 'Aku Ada Perasaan'. Betul tak? Ada ke robot yang ada perasaan? Kalau tengok TV, memang ada adiwira yang datangnya dari manusia, misalnya Superman, Ultraman dan macam-macam lagi. Ini menunjukkan bahawa manusia masih mahu adiwira mereka mempunyai perasaan, tak mahu robot dijadikan wira, sebab macam yang kita tahu mana ada robot yang ada perasaan. Manusia ialah buatan Tuhan, tapi robot adalah buatan manusia... hehe, itulah bezanya. Apa pun, semuanya adalah di atas izin Tuhan, walaupun kat dunia ni belum wujud lagi adiwira seperti yang selalu kita tonton kat panggung wayang atau TV. Semuanya sekadar imaginasi.

Okey, apa kaitannya dengan tajuk kat atas ni? Saya nak bersembang tentang perasaan. Mungkin kita ada teori masing-masing. Saya masih ingat lagi masa dulu-dulu semasa saya bekerja di sebuah badan berkanun. Adalah dua orang teman ni, kedua-duanya perempuan. Seorang ni memang payah nak tunjuk perasaannya. Eh, dua-dua pun payah nak tunjuk perasaannya. Yang seorang tu, dia okeylah, ada kawan-kawan kat ofis, tapi dia tak pandai kendali perasaan staf di bawahnya. Kalau ada apa-apa yang perlu dia tanda tangani, dia akan buat, tetapi lepas itu dicampak sahaja fail berkenaan di atas lantai. Terpaksalah staf di bawahnya pungut dari atas lantai, bukan dari atas meja. Baginya, tak apalah macam tu. "Alah, dia orang tu staf aje pun. Kita jangan bagi muka sangat." Itulah cara dia. Dah tu, setiap hari dia akan minta staf buat kerja sampai lebih dari masa yang dah lebih tu. Kadang-kadang staf jadi bosan. Satu hari, terjadi sesuatu yang tak enak yang berlaku pada dia. Jadi, tersebarlah macam-macam teori.

Kisah yang seorang lagi pula, dia langsung tak nak berkawan dengan siapa-siapa. Bos semua suka dengan dia, sebab dia suka buat kerja, tak kira masa. Tapi tak ada sorang pun staf yang berkenan, sebab dia tak tahu berkomunikasi dengan staf bawahan. Staf dan pegawai asyik clash. Staf asyik minta tukar dari bahagian berkenaan. Adoi, memang memeningkan kepala.

Kalau kita teliti betul-betul, ada ketika ada orang berkelakuan demikian kerana sebab-sebab tertentu yang terjadi kepada mereka. Saya tahu yang kedua-duanya tidak pernah begitu dulu-dulu, tetapi berubah kerana sesuatu yang terjadi kepada mereka.

Manusia akan menjadi robot kalau hilang rasa pada diri. Jadi, sebagai insan yang hidup bukan sekadar mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan, kita juga perlu hubungan yang baik dengan insan-insan manusia yang lain. Barulah kita dikatakan mempunyai akhlak yang mulia. Wallahuaklam.

Wassalam.

PS: Si kenit-kenit kat rumah saya dah gilakan Ultraman pulak sekarang ni. Siap bersilat-silat, bila nampak Ultraman kat TV. Hehe