Assalam
Hari ini saya berasa agak segar daripada biasa, alhamdulillah. Mungkin sebab baru selesai urut. Kebetulan, sebaik saya pulang dari Jakarta, tukng urut saya tiba dari Sumatra... jadi memang bestlah sangat-sangat. Kena masanya. Saya memang bukan jenis yang kuat keluar rumah, kecuali ada hal yang penting, jadi masa saya memang banyak dihabiskan dengan aktiviti menulis, menjaga garden saya... selain itu, mungkin mengemas dan memasak.
Sejak ibu saya tiada lagi, tugas memasak jatuh di atas bahu saya. Tapi kalau saya malas nak masak, kami makan di luar sahaja. Cuma kadang-kadang, saya pula kurang selera bila terlalu kerap makan di luar. Jadi... saya lebih selesa untuk pilih memasak sendiri. Saya masak yang simple2 sahaja. Lagipun, cik abang saya dan ahli keluarga yang ada di rumah lebih selesa makan yang simple. Kadang-kadang sahaja kami masak yang 'kencang-kencang' sikit.
Kalau saya dah masak, bila suami saya pulang dari tempat kerja, dia akan usahakan untuk memotong buah-buahan atau menyediakan jus untuk kami minum. Jadi, Kami saling membantu. Kebanyakan kerja mengemas di rumah ini, termasuk membasuh pakaian, adik saya yang lakukan. Jadi, tak adalah saya kalut sangat. Sebenarnya saya tak suka fikirkan hal-hal yang boleh merunsingkan, saya lebih suka untuk relaks sahaja. Buat apa yang patut, kalau tak larat nak buat, jangan buat. Janji rumah tak kotor sebab saya memang pantang tengok rumah kotor!
Hari ini hari Jumaat jadi biasanya juga kami suka, kerana esok ialah hujung minggu. Dapatlah kami melepak atau keluar. Kadang-kadang kami relaks-relaks di rumah sahaja. Kebetulan esok tak ada undangan orang kahwin. Kata suami saya tadi, "Esok I nak bawak you somewhere..." Haha... tunggu ajelah ke mana hendak dibawaku pergi.
Sebenarnya dia ada urusan penting, jadi dia mahu saya escort dia... mungkin dia teruja kot, itulah yang hendak sangat saya teman dia. Okey saja kot.
Okey... saja nak share. Sekarang ini, sambil menulis, saya juga membaca sebuah novel luar negara yang berasal dari Mesir, tetapi sudah diterjemah ke bahasa Indonesia. Novel berjudul 'Perempuan Di Titik Nol' adalah tulisan Nawal el-Saadawi. Sepupu saya Inez yang memberi novel ini. Dia beria-ia mahu saya membacanya. Sebuah novel tentang seorang perempuan yang sedang tunggu untuk ke tali gantung!
Semoga hidup dan mati kita dirahmati Allah swt. Semoga kita dilindungi Allah swt dunia akhirat. aamiin.
Wassalam.
Sekadar hiasan