Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, November 30, 2013

Part V - Semuanya Indah di Melbourne dan Sydney

Assalam.

Saya kesibukan semalam, itu yang tak sempat untuk update blog. Hari ini saya cuba bercerita lagi tentang pengalaman di Australia. Ramai yang minta saya buat begitu.

Semasa kami bersedia untuk pergi ke Australia, kami dinasihatkan untuk tidak membawa baju tebal. Maklumlah musim panas dan biasanya bila musim panas, cuaca di sana dikatakan sangat panas. Saya pun bawa baju sejuk yang ringan-ringan aje. Tapi bila sampai di Sydney, rupa-rupanya agak sejuk juga kerana hujan setiap hari. Sydney di tepi laut dan angin laut membawa kesejukannya. Tapi sangat nyaman. Kadang-kadang agak sejuklah juga dan terpaksa 'berkepit' dalam hujan. Masa tu, memang rasa macam remaja... hehe.

Sydney bagi saya, merupakan sebuah kota yang sangat kosmopolitan. Ada pelbagai bangsa terutama yang berketurunan Asia. Banyak Filipino, orang Vietnam, orang India, orang Cina dan banyak juga bangsa Indonesia, pelbagai keterunan Eropah Timur. Memang kita rasa sangat selesa di sana. Kotanya pula sangat canggih. Kereta api lajunya ada 'double decker' dan mudah untuk kami berjalan-jalan. Kawasan Sydney Harbour dan Opera House merupakan 'kawasan panas', memang di situlah paling happening. Banyak sungguh restoran2 canggih dan banyak sungguh manusia yang ke sana. Memang sangat menarik. Kami tak lama di Sydney, tapi sempatlah melepak-lepak di kotanya. Saya tak shopping sangat di Sydney, cuma seketika sempat bershopping di Darling Harbour, satu lagi tempat yang canggih dan menarik.

Dapatlah juga saya tengok 'mamat aborigine' di Sydney main music di tepi jalan di kawasan Sydney Harbour. Saya memang suka tengok benda-benda etnik ni. Di Melbourne memang banyak kali saya terserempak dengan kaum 'aborigine Australia'. Mereka sangat kuat semangat seninya. Malah, kota Melbourne mempunyai banyak benda-benda seni di keliling kotanya. Sangat unik dan menarik.

Masa kami sampai di Melbourne (kami fly dari Sydney naik Virgin airline), cuaca sangat sejuk. Tiga belas degree sahaja. Malamnya bertambah sejuk, bawah daripada 10 degree centigrate. Memang sejuklah, memaksa saya untuk shopping baju sejuk yang lebih tebal.

Di Sydney, mungkin sebab sepatutnya musim panas, setiap malam di kawasan Sydney Harbour, manusia asyik berparti. Sangat happening!

Hotel kami di Melbourne sangat menarik, kerana betul-betul di kawasan strategic dan mudah untuk kami ke mana-mana sahaja. Sangat senang untuk naik tram. Tak jauh dari Queen Victoria Market, tak jauh dari kawasan yang happening, kawasan-kawasan university termasuk Melbourne University, kawasan Docklands. Di kawasan Flinders, itulah merupakan kawasan paling happening. Ada macam-macam pertunjukan seni, termasuk tarian pelbagai etnik. Kawasan sungainya menjadi tumpuan macam-macam aktiviti. Saya tak sangka yang orang-orang Australia kaki bergaya. Dulu-dulu memang tidak. Malah, setiap petang, pulang dari kerja, kebanykan mereka akan berjoging dan buat aktiviti sukan untuk 'keep fit'. Sangat menarik. Park nya semua penuh, begitu juga kawasan Taman Botani. Penuh dengan manusia yang cuba mencari kedamaian. Kami pun tumpang seronok.

Saya banyak bershopping di Melbourne. Walaupun mahal, tapi bila ada 'offer', jadi sangat menarik. Minyak wangi memang favourite saya (tak boleh miss punya), jadi banyak juga yang saya collect. Pakaian pun begitu. Banyak juga yang kami beli untuk kaum kerabat yang tinggal di rumah.

Bagi saya, Melbourne sangat romantik. Bertambah romantik ketika kami ke Great Ocean Road, melihat lanskap kawasan lautan dan ladang-ladang di sekitar Melbourne.

Rata-rata, bagi saya kedua-dua Sydney dan Melbourne sangat menarik. Kalau anda ada peluang, pergilah melihat alam anugerah Ilahi ini. Memang saya akui yang Australia jauh lebih mahal daripada Malaysia, tapi tak rugi kalau ke sana walaupun terpaksa berbelanja besar. Everything is beautiful.

Wassalam.

 Orang asli (aborigine) main music di kawasan Sydney Harbour
 Happening di kawasan Sydney Harbour dan Opera House
 Models - yang sedang lakukan aktiviti di Opera House
 Sydney di waktu malam (kawasan high street)
 Di kawasan Sydney Harbour
 Happening dan parti2 di kawasan Opera House
 Kereta api laju double decker
 Darling Harbour di Syney
Juga Darling Harbour di Sydney

Thursday, November 28, 2013

Part IV - Australia

Assalam

Masih ada lagi gambar....

 Tepi pantai yang unik
 Lanskap yang menarik
 Laut yang unik
 Memang unik giler ni
 Kalau boleh... tak nak balik kot...
 Tepi pantai
 Cantik, kan?
 Inilah dia London Bridge yang dah patah
 Shopping... underwear... Peranchis lagi...
 Dah kena stail macam Peranchis juga... hehe
 Makan mi kari dengan roti canai kat Kopitiam Docklands
 Naik tram warna pink
 Taman Botani yang sungguh menakjubkan
 Bunga-bunga yang buat kita jadi ceria
 Cik abang saya yang juga sangat ceria di taman yang unik
 Ulala... cantiknya bunga
 Happy dengan bunga-bunga ni
 sangat lah happy
 Tasik di Taman Botani Melbourne - sangat romantis
 Flora yang unik
 Burung2 yang happy
 Minum stail English... sedap beb! Di Taman Botani
 Burung ni pun nak minum jugak
 Black swan yang seksi
 Birds og paradise... banyak giler
 Kat sana memang banyak benda2 macam ni... menarik
 Dah ubah jadi English pulak....
 China Town in Melbourne
Ada lagi yang tersesat ni... cantik kan gua ni?

Part III - Melbourne Lagi

Lagi gambar-gambar di Melbourne




















 The great ocean road - pantai Victoria yg romantik






 Menarik tak? Rasa macam dalam mimpi.

 Landskap yang sangat unik, menarik dan romantik

Rasa macam nak duduk kat tempat ni...