Assalam
Ini bukan merupakan tagline novel baru saya, sekadar judul entri buat suka-suka. Bukan apa, tapi ada yang search tajuk yang macam ini dan masuk ke blog saya... hehe.
Alhamdulillah, semalam memang kami sibuk sakan. Hari Sabtu tu dah sibuk pergi majlis pernikahan kawan baik anak saya dan lepas itu pergi majlis perkahwinan anak kawan saya. Semuanya di Bangi.
Hari Ahad pula, awal pagi lagi kami dah ke Shah Alam untuk hadiri majlis pertunangan anak saudara saya yang juga merupakan teman baik anak saya. Ini adalah anak perempuan adik perempuan saya dan kami rapat sejak mereka kecil lagi. Alhamdulillah, Aiman akan bertemu jodoh dengan 'somebody' yang baik hati.
Okeylah... sekadar nak berborak pada pagi Isnin ini, mungkin untuk mengingatkan diri kita juga. Kalau kita nak buat majlis apa sekalipun terutamanya majlis nikah, pastikan kita jemput adik-beradik kita dulu kerana itulah protokol yang terbaik untuk keluarga yang akan mengatur majlis perkahwinan. Lepas tu barulah kita utamakan kawan-kawan pula termasuk jiran tetangga. Famili sangat penting kerana itulah darah daging kita. Jangan kita ketepikan keluarga terutama ibu bapa, adik-beradik dan lain-lain yang dekat. Jangan pula kita agongkan kawan-kawan yang berada dan tolak tepi adik-beradik kita. Tiada barakahnya. Tak guna pun kalau 'member' datang dengan Ferrari tapi adik-beradik kita kita tolak tepi! Nauzubillah min zalik.
Jangan suka pilih bulu sebab bila mati nanti... tak dapat pun nak pilih bulu.
Okeylah... asal ada kamu, sayang... aku tetap bahagia insyaa-Allah.
Wassalam.
Aiman yang cantik
Seronoknya dia orang ni bersanding di atas pelamin pertunangan Aiman
Deko di pelamin pertunangan Aiman
Cup cake yang comel dan cantik kat majlis Aiman
Ketika majlis pernikahan Adibah bersama kawan dan jiran lama saya, Dr. Asmah




