Assalamualaikum semua, semoga berbahagia bersama orang-orang yang tersayang.
Hari Raya saya macam biasa sahaja. Raya pertama berada di rumah dan melayan tetamu yang datang. Alhamdulillah memang ramai yang datang ke rumah. Maklumlah rumah saya ni dah kira macam rumah orang tua, jadi raya pertama semestinya busy.
Hari Raya kedua, kami ke Johor Bahru seperti biasa. Pergi pagi dan pulang lewat malam. Sempatlah ziarah kaum kerabat sebelah suami saya. Alhamdulillah, raya kedua biasanya ahli keluarga suami saya berkumpul di rumah ibu saudaranya di kota Johor Bahru.
Hari ini, saya di rumah dan akan melayan tetamu yang akan datang berkunjungan. Esok, kami anak beranak akan ke Port Dickson untuk berehat hingga hari Selasa. Tahun ini kami tak pergi jauh sebab takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
Okeylah, semoga anda semua bergembira, tapi jangan seronok sangat ya. Take care dan Wassalam.

