Salam
Di bawah ini ialah sinopsis Beautiful Asmara. Saya difahamkan bahawa mungkin mulai hari ini, anda boleh mendapatkannya melalui pembelian ebook atau digital di esentral atau linknya
http://www.e-sentral.com/search/byid/2895.
Jom, cuba baca novel secara digital pula! Sangat murah, hanya RM14 sahaja (Novel digital). Dah ramai yang mencuba dan happy membaca secara digital.
Sinopsis:
Husna, Khaleeda dan
Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun
suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan
minah urban.
Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga
sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu
tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar
perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan.
Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak
semudah menyusun huruf alif baa taa.
Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’,
bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama
dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan
itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini,
Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula
kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez
hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz
yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan.
Beautiful Asmara
akan membawa anda untuk berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak,
ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip
menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapi
mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.
Wassalam.
